PIALA THOMAS: PERJUANGAN MALAYSIA BERAKHIR DI SUKU AKHIR

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

KUALA LUMPUR – Hasrat skuad badminton Piala Thomas negara untuk menewaskan musuh tradisi, Indonesia tidak kesampaian apabila tewas 0-3 sekaligus tersingkir di peringkat suku akhir kejohanan tersebut di Aarhus, Denmark, malam tadi.

Harapan yang diletakkan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mengutip mata pertama pasukan negara gagal apabila dia tewas kepada pemain kelima dunia, Anthony Sinisuka Ginting 15-21, 17-21.

Kegagalan Zii Jia juga turut diiukti oleh pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kepada pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideo-Kevin Sanjaya Sukamuljo 17-21, 21-16, 15-21 sekaligus gagal menyamakan kedudukan.

Biarpun tewas dalam set pertama 17-21, Aaron-Wooi Yik bangkit dalam set kedua 21-16 bagi menghidupkan peluang menyamakan kedudukan, namun gagal memihak kepada bergu negara apabila tewas dalam set penentuan 21-16 sekaligus terus ketinggalan 2-0.

Pemain muda negara, Ng Tze Yong yang menggalas tanggungjawab sebagai perseorangan kedua turut kecundang apabila tewas kepada Jonatan Christie 21-14, 19-21, 16-21.

Biarpun Tze Yong memberikan petanda positif dalam awal perlawanannya untuk sekurang-kurangnya menghidupkan kembali perjuangan skuad negara dengan mengejutkan Jonathan pada set pertama dengan 21-14, namun beliau gagal untuk meneruskan aksi cemerlang pada set kedua apabila tewas 19-21.

Di set ketiga, pengalaman menjadi pemisah antara kedua pemain apabila Jonathan yang juga pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 berjaya menewaskan Tze Yong 16-21 sekaligus menyaksikan Malaysia tewas 0-3 kepada pasukan Indonesia.

Kekalahan itu menyaksikan perjuangan skuad negara terhenti di peringkat suku akhir kejohanan Piala Thomas dan sekaligus mengulangi kekalahan kepada pasukan Indonesia di peringkat yang sama pada edisi 2018 di Bangkok.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *