R & R LEBUH RAYA DIBENAR BEROPERASI 24 JAM DI SELURUH NEGARA MULAI HARI INI

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini (16 Oktober), Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya dalam negara dibenarkan beroperasi penuh 24 jam.

Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan semalam selepas diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19.

Beliau berkata bermula hari ini juga kenderaan e-hailing dibenarkan mengambil penumpang berdasarkan kapasiti tempat duduk kenderaan bagi semua Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) turut dibenarkan di negeri-negeri Fasa Tiga PPN secara bersemuka, melibatkan individu yang telah lengkap divaksin berkuat kuasa 18 Oktober dengan syarat melaksanakan ujian saringan COVID-19 (pre-event test) melalui kaedah saliva test atau RTK-Antigen, mematuhi penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kapasiti 50 peratus mengikut ruang,”katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata SOP pelaksanaan pelancongan ke luar negara bagi tujuan umrah yang telah dibentangkan di Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik pada 27 September lalu diwartakan selaras dengan pengumuman kebenaran rentas negeri dan negara bermula 11 Oktober lalu.

“Sehubungan itu, jemaah dibenarkan mengerjakan umrah selaras dengan keputusan memansuhkan keperluan MyTravelPass untuk ke luar negara. Kebenaran ini berkuat kuasa 18 Oktober,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya memanfaatkan semua kelonggaran yang diberikan itu dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *