RASAI KELAINAN KOPI O BERKHASIAT DARI RAJA KOPI

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Nazirah Hassan

MELAKA – Buat penggemar kopi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba keenakan kopi O yang penuh khasiat daripada Raja Kopi. Produk berkualiti daripada Syarikat Taka Melor ini sememangnya lain daripada yang lain.

Menurut pengasas Raja Kopi, Tuan Haji Masduki Jarkasi, berbanding jenama kopi segera yang dijual di pasaran, Raja Kopi ialah kopi O tanpa tenusu yang ditambah dengan ramuan berkhasiat bagi meningkatkan kesegaran tubuh.

Berkongsi kepada MelakaFirst, Masduki sebelumnya pernah membuka syarikat kopi namun kecundang di tengah jalan akibat masalah dalaman syarikat. Pada awal tahun lepas, beliau bersama rakan terdekatnya mula bangkit untuk menghasilkan produk baru. Bermula dari situ, maka terhasillah jenama baru iaitu Raja Kopi dengan kebaikan herba terpilih seperti tiga jenis tongkat ali, akar maca dan tribulus.

Encik Azham bin Jaafar yang bertanggungjawab dalam pemasaran Raja Kopi juga gembira dengan sambutan yang hangat bagi kopi ini. “Walaupun Raja Kopi baru dipasarkan sejak awal waktu pandemik tahun lalu, namun ia tidak menjejaskan permintaan kopi istimewa ini. Antara kumpulan pelanggan terbesar kami ialah di kalangan pemandu lori yang memerlukan kesegaran badan dan tenaga berpanjangan. Selain khasiatnya yang cukup tinggi, Raja Kopi juga menjadi pilihan utama pemandu lori yang mudah menikmati kopi tanpa menggunakan air panas.”

Meskipun terdapat banyak kekangan akibat wabak Covid-19, pemasaran dan jualan Raja Kopi cukup aktif secara atas talian dan platform media sosial. Rata-rata pengguna cukup sukakan aroma kopi O yang cukup menyegarkan dan mudah untuk disediakan di mana-mana sahaja.

Bagi penggemar kopi yang ingin menjana pendapatan melalui jualan Raja Kopi, Syarikat Taka Melor turut mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk menjadi agen atau dropship. Syarikat ini juga giat dalam menawarkan latihan dan bimbingan secara percuma bagi yang berminat untuk menjana pendapatan lumayan melalui penjualan Raja Kopi.

Encik Jamal, pemilik Jazmal Café yang terletak di Jementah, Segamat turut mendapat maklum balas yang baik daripada warga setempat yang singgah ke restorannya. Kafenya yang dipilih sebagai outlet Raja Kopi cukup giat mempromosikan kebaikan Raja Kopi kepada orang ramai. “Dengan kelonggaran yang diberikan untuk dine-in ketika ini, kini saya dapat kemballi memperkenalkan Raja Kopi kepada pelanggan. Rata-rata pelanggan cukup sukakan rasa kesegaran yang luar biasa selepas menikmati secawan Raja Kopi di samping penyediaannya yang cukup mudah.”

Beliau turut teruja menceritakan testimoni menarik yang didapati daripada pelanggannya. Umum sering mengaitkan khasiat tongkat ali dengan ketahanan libido lelaki, namun lain ceritanya tentang Raja Kopi. Khasiatnya bukan sahaja tertumpu dalam meningkatkan kesihatan seksual lelaki, malah ia bermanfaat bagi meningkatkan kesihatan secara dalaman dan luaran serta membekalkan tenaga segera bagi lelaki mahupun wanita.

 “Raja Kopi ini tidak khusus untuk lelaki, malah ia juga sesuai diminum bagi kaum wanita. Salah seorang pelanggan saya pernah menceritakan kebaikan Raja Kopi dalam melancarkan pengaliran haidnya yang bermasalah sebelum ini. Ia merupakan penemuan yang menarik bagi Raja Kopi dan membuktikan manfaatnya buat kaum hawa.”

Encik Azham turut mempelawa orang ramai untuk mencuba sendiri kehebatan Raja Kopi bagi membangkitkan tenaga dan mengembalikan kesegaran tubuh. Anda bolehlah dapatkan Raja Kopi dengan harga RM 28.80 sekotak. Bagi yang berminat untuk menjadi agen, bolehlah hubungi Encik Azham di talian 0111-3061569.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

ABANG SALLEHUDDIN DILANTIK SEMULA KP DBP

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT KUALA LUMPUR – Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkuat

BUSANA DIRGAHAYU MARTABAT TRADISI BERTANJAK

NAZIRAH HASSAN MELAKA – Busana Dirgahayu membuka peluang kepada orang ramai untuk menghidupkan kembali warisan busana Melayu menerusi perniagaan tanjak yang diusahakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *