SK IJC (1) LANCAR MURAL PERINGATI SEJARAH INFANT JESUS FOUNDATION

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

BANDAR HILIR – Bagi memperingati perjuangan Nicholas Barre yang mencetuskan gerakan pertubuhan Infant Jesus Convent di serata Malaysia, Sekolah Kebangsaan Convent of The Infant Jesus (1) bakal melancarkan mural ‘CIJ1 Heritage Trail’, iaitu projek khas daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK IJC(1).

Naib Yang Di-Pertua PIBG sekolah tersebut, Wilson Wee Kam Poh berkata, projek ‘CIJ1 Heritage Trail’
mengambil masa kira-kira 3 bulan untuk siap sepenuhnya serta menelan kos sebanyak RM 40,000.

“Kutipan dana yang dikelola oleh ahli PIBG ini merupakan hasil sumbangan 100% daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa, alumni dan orang perseorangan.

“Berbaloi dengan usaha dan masa yang dicurahkan kepada projek ini, saya serta semua ahli PIBG cukup berbangga dengan hasil akhirnya,” kongsinya bersama MelakaFirst.

Sementara itu
Guru Besar SK IJC 1, Ong Kwee Bee
turut berbangga dengan penubuhan mural istimewa ini apatah lagi sekolah ini merupakan satu-satunya institusi yang membina mural khas bagi menceritakan sejarah Infant Jesus Foundation.

“Disebabkan sekolah tertubuh beratus tahun dahulu, kisah mengenainya sering berubah akibat tiada medium dokumentasi yang betul. Ini telah memberi motivasi kepada kami untuk mengumpul maklumat dan sejarah tentang sekolah ini secara lebih mendalam. Yang menariknya, sumber diperolehi daripada nota tinggalan berusia puluhan tahun yang ditulis oleh bekas biarawati di sini. Dengan infografik yang menarik serta maklumat lengkap, mural ini dapatlah dijadikan sebagai rujukan tentang sejarah penubuhan Infant Jesus Foundation di Malaysia serta penubuhan sekolah ini.“ ujar Ong.

Bagi Yang di-Pertua PIBG SK IJC (1), Daniel Ang Yam Seng pula, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak melunturkan semangat mereka untuk meneruskan projek ini.

“Dengan ketiadaan murid dan tenaga pengajar pada tempoh PKP, urusan kami dalam pembinaan mural ini juga lebih mudah dikendalikan. Lokasi bilik mural ini yang terletak di tengah-tengah sekolah didapati cukup strategik bagi memudahkan orang untuk berkunjung.

“Secara ringkasnya, mural ini menceritakan sejarah penubuhan Infant Jesus Foundation sejak tahun 1852 serta latar belakang penubuhan sekolah rendah yang tertua di Melaka ini. Selain Nicholas Barre, mural ini turut meraikan jasa Mother Mathilde, individu yang mula-mula membuka tapak dan membangunkan sekolah ini sebagai pusat pendidikan dan tempat perlindungan bagi anak yatim perempuan di sekitar Melaka.

“Selain bertujuan untuk mendedahkan sejarah Infant Jesus Foundation yang telah lama bertapak di Melaka, mural ini juga diharap dapat memupuk rasa cinta pada sekolah buat murid-murid dan alumni sekolah ini. Walaupun ia terletak di dalam kawasan sekolah, mural ini terbuka buat kunjungan orang ramai termasuklah para pelancong. Dengan adanya mural ini, ia diharap dapat menambahkan lagi nilai sejarah di negeri Melaka yang cukup popular dengan khazanah warisan negara. “ tambah Daniel.

CIJ1 Heritage Trail
akan dibuka bermula 24 Oktober dan waktu operasinya 2.00 petang hingga 5.00 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat serta 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

ABANG SALLEHUDDIN DILANTIK SEMULA KP DBP

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT KUALA LUMPUR – Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkuat

BUSANA DIRGAHAYU MARTABAT TRADISI BERTANJAK

NAZIRAH HASSAN MELAKA – Busana Dirgahayu membuka peluang kepada orang ramai untuk menghidupkan kembali warisan busana Melayu menerusi perniagaan tanjak yang diusahakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *