CHAN CHIN HO TERIMA ANUGERAH MAULIDUR RASUL

NAZIRAH HASSAN

MELAKA –

Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Melaka tahun ini dilihat cukup bermakna apabila menobatkan penerima Anugerah Tokoh Abdullah Uraiqith kepada seorang guru bukan Islam yang menghasilkan video berbentuk dakwah dan kerohanian meskipun berlainan agama.

Penglibatan Guru bimbingan dan kaunseling, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, Chan Chin Ho, 41, ini dalam arena pembelajaran berkaitan Islam juga sedikit sebanyak menjadi penentu dipilih Jawatankuasa Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Melaka sebagai penerima pada tahun ini.

Menurut Chan, tanggungjawabnya sebagai guru kaunseling menuntut kesungguhan apatah lagi apabila melihatkan pelbagai kesukaran dihadapi pelajar sewaktu negara berdepan pandemik Covid-19.

Katanya, sebagai guru bimbingan dan kaunseling juga perbezaan agama bukanlah satu penghalang untuk berbakti kepada para pelajar terutamanya sebaliknya menganggap agama itu sebagai titik penyatuan dan perpaduan kaum.

“Bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), saya dan guru-guru lain juga turut menyerahkan peranti pembelajaran kepada kira-kira 50 pelajar yang tidak berkemampuan.

“Selain itu banyak juga aktiviti dan pendekatan lain dilaksanakan bagi membolehkan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran selain memberi dorongan dan semangat supaya tidak patah semangat,

“Terima kasih atas penghargaan yang diberikan oleh kerajaan Negeri Melaka. Anugerah ini menaikkan lagi semangat saya untuk terus membantu pelajar terutamanya yang beragama Islam dalam mengikuti program-program anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)”, kongsi guru yang turut aktif menyertai pertandingan teater, berbalas pantun, pidato, dondang sayang dan aktiviti seni budaya di peringkat negara dan antarabangsa.

Dalam majlis sama, Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Melaka ini turut menyaksikan penerimaan Anugerah Abu Thalhah kepada pengurus jenazah pesakit Covid-19 Hospital Melaka, Hasnul Hussein, 52.

Berpengalaman lebih 15 tahun dalam pengurusan jenazah, Hasnul turut menzahirkan rasa terharu dan akui pengurusan jenazah pesakit Covid-19 merupakan cabaran yang cukup besar apabila memerlukannya untuk berpanas memakai perlindungan diri (PPE) sepanjang waktu bertugas.

“Tak kira apapun tanggungjawab yang diberikan, lakukanlah seikhlas hati tanpa mengharapkan penghargaan dan sebagainya” tambah Hasnul.

Selain Chan dan Hasnul, sembilan individu lain turut menerima Anugerah Khas Tokoh Maulidur Rasul antaranya Pengerusi Kluster Penguatkuasaan dan Pendakwaan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Rahimin Bani yang menerima Tokoh Muhamad Al-Fateh manakala bekas Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sharul Lalli Masduki menerima anugerah Tokoh Umar Abdul Aziz.



Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *