Nazirah Hassan
MELAKA – Siapa menyangka Dato Nor Kasmaliza Azhan, duta dan usahawan AG Cera ini asalnya hanyalah seorang surirumah. Namun, sejak beliau mula menceburi perniagaan AG Nutrition, hidup beliau berubah 360 darjah dan kini bergelar jutawan.
Lebih mengagumkan lagi, Nor Kasmaliza yang mesra disapa Dato Leez berjaya menjadi wanita pertama di Asia Tenggara merekodkan jualan RM 38 juta dalam tempoh 20 bulan sahaja ketika dunia dilanda musim sukar akibat Covid-19.
Dengan mempunyai agen seramai 25,000 orang di bawah pimpinannya, Dato Leez juga berjaya meraih pendapatan peribadi kira-kira
RM100,000 sebulan.
Menurut wanita hebat ini, beliau sendiri tidak menyangka mampu meraih kejayaan yang begitu besar melalui penjualan rangkaian produk AG Nutrition. Pada mulanya, beliau hanya mengamalkan AG Cera sebagai makanan tambahan harian untuk merawat penyakit ‘slip disc’ yang kronik. Sejak melihat kesannnya yang begitu baik, beliau pun mula mempromosikan produk ini kepada rakan terdekat.
Pada waktu pandemik ini, AG Cera turut membantu ramai orang dalam memulihkan kesihatan dengan lebih pantas dan berkesan. Keberkesanan AG Cera dalam mengembalikan kesihatan badan menjadikannya produk yang mendapat permintaan tinggi dari serata negara.
Berkongsi kepada MelakaFirst, Dato Leez turut terkejut mendengarkan berita tentang pesakit Covid-19 tahap kelima yang telah ditidurkan selama dua minggu. Namun, atas ikhtiar pesakit yang mengamalkan AG Cera, pesakit terbabit kemudiannya kembali sedar daripada koma dan mampu untuk bangun serta berjalan selepas hari kelima penggunaan.
AG Cera mengandungi teknologi Ceramosides iaitu komponen berasaskan gandum yang berfungsi untuk
menggantikan kandungan ceramides yang semakin berkurangan pada kulit akibat penuaan, mengurangkan kedutan, serta meningkatkan kelembapan kulit. Teknologi Hytolive berasaskan buah zaitun pula mengandungi kadar antioksida yang tinggi serta didapati berkesan dalam mencegah pelbagai penyakit kronik akibat pengumpulan kotoran dan toksin dalam badan. Bahan semulajadi lain yang membantu dalam mencantikkan kulit turut terkandung dalam AG Cera seperti ekstrak bunga sakura dan buah pic putih.
“Selain AG Cera, terdapat banyak lagi produk supplemen kesihatan daripada AG Nutrition yang baik untuk diamalkan seperti AG Coffee yang sesuai diminum oleh pesakit diabetes dan kaya dengan omega-3, AG Fiberee yang diperkaya dengan serat bagi membantu menyingkirkan toksin dan melancarkan pencernaan serta AG Broc yang baik untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
“Keberkesanan produk AG Nutrition yang berasaskan bahan alami sudah mendapat ribuan testimoni yang memberangsangkan daripada pengguna malah kualiti dan kesan baik penggunaan produk AG Nutrition sendiri telah menjadi faktor utama bagi percambahan agen di bawah bimbingan saya,” katanya.
Menyedari pelbagai manfaat diperolehi sama ada untuk kesihatan atau peluang menjana pendapatan, Dato Leez turut giat mempromosikan produk ini kepada orang ramai.
Walaupun kini bergelar jutawan, Dato Leez tidak lokek dalam ilmu perniagaan dan sedia membimbing sesiapa yang berminat untuk menjual produk dari AG Nutrition.
“Apa yang penting ialah kesungguhan dan tekad untuk mengubah hidup. Tidak kiralah berapa pun usia anda, peluang untuk berjaya sentiasa terbuka. Saya sendiri akan membimbing usahawan baru untuk menjana pendapatan sehingga lima angka dalam bulan pertama dan ia bukanlah perkara mustahil untuk dicapai,” katanya lagi.
Rangkaian produk AG Nutrition merupakan 100% buatan Malaysia namun telah berjaya menembus pasaran sehingga ke 34 buah negara dengan hasil jualan terkumpul sehingga RM 500 juta. Pencapaian produk kecantikan dan kesihatan tempatan yang cukup hebat ini wajar untuk dibanggakan.
Dalam pada itu, Dato Leez ingin mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjana pendapatan lumayan daripada jualan produk berkualiti AG Nutrition. Bagi yang berminat untuk turut serta menjadi agen jualan AG Nutrition, boleh menghubungi nombor 019-2718265 atau layari laman Facebook AG Nutrition Malaysia untuk keterangan lanjut.