ANGGOTA BOMBA DIBAWA ARUS MENINGGAL DUNIA

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Anggota bomba yang tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras ketika membantu mangsa banjir di Kampung Sungai Putat petang semalam, meninggal dunia, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain berkata, Mohd Diya Che Jusoh, 46, yang bertugas Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.

“Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 3.11 pagi tadi oleh pegawai perubatan.

“Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita di atas insiden tersebut,” katanya.

Dalam kejadian petang semalam, Mohd Diya yang bertugas di BBP Melaka Tengah dipercayai memasang tali bersama rakan sepasukan untuk menyelamatkan mangsa banjir di kawasan berkenaan.

Namun, arus deras mengakibatkan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum badannya tersembam ke dalam air dan diberikan bantuan rawatan kecemasan awal oleh pasukan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke Hospital Melaka.

Dia kemudian dilaporkan berada dalam kritikal dan bergantung dengan alat bantuan pernafasan ketika menerima rawatan di hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.11 pagi ini.
Jenazah allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid An-Nur dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong, kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali dan Mohd Rustam turut hadir memberi penghormatan terakhir di masjid berkenaan.

Hadir sama mengiringi pengebumian allahyarham Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan Pengarah Bahagian Operasi JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad dan Pengarah JBPM Melaka, Penolong Pesuruhjaya Abu Bakar Katain.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *