MOF CADANG PULAU UNDAN DIWARTAKAN SEBAGAI TAMAN LAUT NEGARA

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

UMBAI – Dalam usaha memberi manfaat kepada kehidupan marin akuatik dan menjadi lokasi eko pelancongan baharu negara, Kementerian Kewangan (MoF) bercadang mewartakan Pulau Undan menjadi Taman Laut Negara.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata pewartaan pulau itu juga secara tidak langsung akan dapat menjamin kelestarian (sustainability) kepelbagaian biodiversiti marin di sekitar kawasan tersebut.

Menurutnya, pewartaan itu dibuat di bawah Seksyen 41 Akta Perikanan 1985 (Akta 317) sekaligus dapat menjamin kelestarian dan keterangkuman (inclusivity) yang sentiasa menjadi agenda utama dalam pembangunan negara.

“Krisis COVID-19 memberi peluang pada kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan ekonomi ke arah mewujudkan ekonomi yang lebih lestari, produktiviti dan bernilai tambah tinggi terhadap persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Bajet 2022 akan memastikan langkah-langkah pembaharuan dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada pencapaian Sustainable Development Goals (SDG), RMKe-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030),” katanya kepada pemberita selepas Jelajah Bajet 2022 Melaka di Jeti Pernu di sini, hari ini.

Menurut Mohd Shahar, menerusi Bajet 2022 kerajaan memfokuskan amalan rendah karbon, pemerkasaan komuniti di bawah agenda ESG, pemeliharaan biodiversiti dan pembiayaan hijau (green financing).

Beliau berkata, kelestarian dan keterangkuman sentiasa menjadi agenda utama di dalam pembangunan negara dan Malaysia secara konsisten memberi tumpuan mengenai ekonomi, sosial dan alam sekitar di dalam setiap Pelan Pembangunan.

“Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) juga menyokong agenda SDG dengan memberi penekanan ke arah negara rendah karbon, mempercepat kepada ekonomi kitaran, memulihara ekosistem semulajadi.

“Selain melindungi dan memelihara spesies dan sumber genetik, meningkatkan pemuliharaan alam sekitar dan lain-lain,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Shahar menjelaskan, selaras pembaharuan yang akan dibentangkan dalam Belanjawan 2022 minggu depan, Kementerian Kewangan juga sedia membantu Kerajaan Negeri Melaka mempromosi tiga pulau negeri ini menjelang pewartaannya sebagai Taman Laut Negara.

“Menerusi langkah ini, kehidupan akuatik di Pulau Nangka, Pulau Dodol dan Pulau Besar akan terpelihara,”katanya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *