26 QARI & QARIAH JOHAN KEBANGSAAN SERTAI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN JOHAN-JOHAN KEBANGSAAN

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

KUALA LUMPUR – Seramai 26 qari dan qariah johan-johan tilawah kebangsaan dan jemputan khas yang mewakili semua negeri di Malaysia akan menyertai Majlis Tilawah al-Quran Johan-Johan Kebangsaan (MTQJK) bermula hari ini hingga 26 Oktober.

Majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu akan diadakan secara maya di Studio Utama Yusoff dan Studio Mini Al-Qasas, Kompleks Islam Putrajaya dan 10 studio RTM negeri di seluruh negara.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh, dalam satu kenyataan media berkata, MTQJK itu akan disiarkan secara langsung di TV1 bermula hari ini hingga 25 Oktober dan di TV OKEY pada 23 dan 26 Oktober mulai jam 9 hingga 10.30 malam.

“MTQJK ini merupakan program yang julung kali diadakan sebagai alternatif kepada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) tahun lalu yang telah ditangguhkan berikutan situasi semasa peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam negara yang berada pada tahap membimbangkan.

“Program ini berkonsepkan persembahan bacaan al-Quran secara bertarannum oleh para qari dan qariah yang pernah menjadi johan MTHQK pada tahun-tahun yang lalu dan program ini tidak melibatkan sebarang pertandingan,”katanya.

Menurut Abdul Aziz, majlis perasmian pembukaan MTQJK akan dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad pada malam ini manakala majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob pada 26 Oktober.

“MTQJK merupakan kelangsungan kepada usaha menyemarakkan pembudayaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di Malaysia anjuran JAKIM dengan kerjasama RTM, RTM negeri-negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

“Ini menggambarkan komitmen pihak kerajaan dalam menerapkan budaya minat membaca terhadap al-Quran dan memajhami intipatinya serta mengaplikasikan tuntutan dan larangan yang maha Esa dalam amalan kehidupan seharian.

“Penganjuran program ini juga mengambil semangat kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,”katanya.

Program MTQJK turut dimeriahkan dengan penglibatan barisan artis hebat tanahair antaranya Kumpulan Rabbani, Far East, Inteam, Lah Ahmad dan beberapa lagi.

“Penonton juga akan dapat menyaksikan pengisian ibrah al-Quran yang mantap dan sudah pasti menyentuh perasaan menggunakan teknologi terkini Augmented Reality yang akan disampaikan oleh pegawai JAKIM Ustaz Mohd Hariri Mohd Daud dan Ustazah Nazirah Abu Bakar.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *