BUKIT MERAH LAKETOWN CLUBHOUSE TAWAR BERSANDING ATAS AIR

Nazirah Hassan

SEMANGGOL – Bukit Merah Laketown Clubhouse menawarkan pengalaman unik buat pengantin yang ingin melakar kenangan bersanding di pelamin yang terapung di atas air dengan gaya yang unik.
Lokasi ini juga merupakan satu-satunya lokasi di Malaysia yang menawarkan pengalaman bersanding di atas air.

Majlis perkahwinan di tepi kolam renang juga memberikan suasana ekslusif dan pasti melakarkan kenangan yang tidak dapat dilupakan buat pasangan raja sehari.

Keluasan dan kemeriahan Bukit Merah Laketown Clubhouse menjadikannya lokasi ini cukup sesuai bagi mengadakan pelbagai majlis dan keramaian seperti majlis pertunangan, sambutan hari jadi dan ‘gathering’ bersama keluarga dan rakan terdekat.

Aktiviti yang menjadi tarikan utama Bukit Merah Laketown Clubhouse ialah mandi-mandi di kolam renang yang cukup luas. Dengan bayaran masuk cuma RM5, pengunjung bolehlah mandi sepuasnya sambil menikmati pelbagai hidangan yang cukup menyelerakan di sini.

Pengurus Eksekutif
Bukit Merah Laketown Clubhouse,
Ulul Azmi Abdullah, 58
menzahirkan rasa teruja dengan pembukaan semula Bukit Merah Laketown Clubhouse sejak awal bulan lepas.

“Saya bersyukur tempat ini sentiasa meriah dengan kunjungan daripada warga Semanggol serta pelancong dari serata Malaysia sejak dibuka semula. Rata-rata pengunjung gemar bersantai di sini kerana kemudahan kolam renang yang luas serta pelbagai hidangan makanan lazat dengan harga berpatutan.”

“Di sini kami menawarkan hidangan ‘ala carte’ seperti western dan makanan Asia. Bagi mengekalkan konsep santai di Bukit Merah Laketown Clubhouse, kami turut membuka beberapa gerai makanan di tepi kolam yang menjual kudapan seperti rojak, yong tau foo dan pisang goreng.
Kebanyakan pengunjung juga singgah ke sini untuk menikmati ABC Gunung yang telah menjadi ‘trademark’ bagi tempat ini”, katanya kepada MelakaFirst.

Bagi menarik lebih ramai lagi pengunjung ke sini, Bukit Merah Laketown Clubhouse turut menawarkan menu istimewa yang hanya boleh didapati pada setiap hujung minggu.

“Menu istimewa hujung minggu cukup unik kerana ia tidak didapati di dalam menu. Hidangan istimewa tersebut juga akan ditukar setiap minggu bagi menambahkan kelainan buat pengunjung,” jelasnya lagi.

Dalam memastikan keselesaan pengunjung, Azmi akui beliau sangat menitikberatkan pematuhan SOP bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Kami hanya menerima pengunjung yang sudah melengkapkan dua dos vaksin di samping menghadkan pengunjung seramai 200 orang sahaja dalam satu masa”, ujar Azmi lagi.

Bukit Merah Laketown Clubhouse sentiasa mengalu-alukan kunjungan orang ramai untuk mencipta kenangan manis di sini atau sekadar bersantai menikmati hidangan lazat sambil beriadah di kolam renang. Buat yang merancang percutian di Perak, jangan lupa untuk singgah di Bukit Merah Laketown Clubhouse.

Bukit Merah Laketown Clubhouse beroperasi pada Selasa hingga Jumaat dari 11.00 pagi hingga 7.00 petang dan pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dari 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Bagi yang berminat untuk membuat tempahan homestay atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Azmi di talian 012-5844991.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *