Pemuda UMNO santuni penduduk DUN Paya Rumput & Tangga Batu

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

PAYA RUMPUT – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluangkan masa mengadakan lawatan dan menziarahi beberapa penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Paya Rumput dan Parlimen Tangga Batu, semalam.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin berkata, lawatan dan ziarah itu turut disertai beberapa ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) dan Skuad Sabil Malaysia.

Menurutnya, dalam lawatan dan ziarah yang pertama, Asyraf Wajdi telah mengadakan ziarah ke rumah keluarga anggota bomba, Mohd Diya Che Jusoh di Taman Krubong Jaya yang meninggal dunia akibat bencana banjir kilat di Sungai Putat.

“Beliau bersama jawatankuasa PPUM dan Skuad Sabil Malaysia telah meluangkan masa bertemu dan menyantuni keluarga allahyarham Mohd Diya dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga terbabit.

“Selain itu, Asyraf Wajdi dan anggota rombongannya turut melakukan ziarah di beberapa rumah dalam DUN Paya Rumput termasuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Krubong,”katanya.

Rais berkata, selepas majlis di Krubong, majlis ziarah diteruskan di DUN Sungai Udang dan rombongan Asyraf Wajdi sempat bertemu Cikgu Zainal yang merupakan veteran UMNO di Cawangan Bukit Terendak dan Puan Linda yang mengalami penyakit strok.

“Asyraf Wajdi turut dibawa meninjau persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Bilik Gerakan DUN Sungai Udang yang diketuai Shahrin Muharam,”katanya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *