SOP PRN MELAKA DIJANGKA DIMUKTAMAD MINGGU HADAPAN

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Perbincangan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencapai peringkat akhir dan dijangka akan dimuktamadkan pada minggu hadapan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamed, berkata garis panduan SOP khas untuk PRN Melaka itu telah diperhalusi sejak minggu lepas membabitkan beberapa agensi.

Antaranya Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, kumpulan profesional serta kepakaran teknikal dan perbincangan itu telah mencapai tahap 75 hingga 80 peratus.

Menurutnya, SOP tersebut akan dimaklumkan pada minggu hadapan kerana ia perlu mengambil kira pelbagai pandangan dan input termasuk cuaca, pendidikan dan sektor pelancongan.

“Ini penting kerana sektor pendidikan sudah dibuka dan pematuhan SOP oleh pelancong serta hotel perlu dilihat semula. Dalam mempersiapkan SOP ini, kita perlu melihat di mana titik keseimbangannya,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pakej Pit Stop Melaka River Cruise dan Asahan Coffee Kiosk di Jeti Taman Rempah, semalam.

Hadir sama Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Abd Aziz Enggan, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Saari Basiron dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lalu apabil empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindAk menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Ali.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan penamaan calon pada 8 November, undi awal 16 November dan tarikh mengundi pada 20 November.

–ENDS-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *