PRN MELAKA TIDAK MUSTAHIL ENAM PENJURU.

AFLIEZA ARSHAD

BANDARAYA MELAKA – Penganalisis politik terkenal Profesor Dr.Sivamurugan Pandian mengakui penyertaan ramai calon bebas yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh memecahkan undi yang sepatutnya diperolehi oleh parti-parti dominan yang berhasrat mengekalkan kemenangan di kerusi yang ditandingi. Katanya, memberi ingatan kepada parti-parti yang bertanding dalam Pilihanraya Negeri (PRN) supaya tidak memperlekehkan calon bebas dan bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan jika dikecewakan calon ‘underdog’ pada hari pengundian 20 November nanti.”Kehadiran calon bebas akan mempengaruhi keputusan di beberapa kerusi. Kita mungkin akan melihat ada calon yang kalah kerana undi yang sepatutnya mereka perolehi, akan pergi kepada calon bebas.

 
“Pada PRN kali ini, nampak parti-parti yang bertanding semakin tidak dominan, sama ada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) ataupun Pakatan Harapan (PH) dan itu menyumbang kepada jumlah calon bebas yang agak meningkat,” katanya kepada MelakaFirst.

 
Sivamurugan juga berpendapat, calon bebas ini selain mencuba nasib dan merasakan peuang itu lebih besar jika ada undi protes daripada penyokong tegar setiap parti atau pun pengundi atas pagar.

 
Beliau juga berpendapat, kebanyakan mereka yang bertanding kerana membawa manifestasi peribadi dan mereka menjadi calon kerana merasakanada peluang untuk menang.


Sesetengah calon bebas itu masih mempunyai pengaruh di kalangan akar umbi dan tidak boleh mengenetepikan mereka begitu sahaja kerana personaliti seseorang calon itu juga turut memain peranan.

 
  “Namun saya tidak merasakan calon-calon bebas ini sebagai suara ketiga kerana ia bukan

gerakan yang tersusun dan tidak pula membentuk pakatan kecil


“Kehadiran calon beberapa penjuru ini juga menunjukkan persaingan  boleh meningkat dan saya percaya kelebihan masih kepada gabungan parti yang besar kerana mereka mempunyai jentera, tenaga dan logistik yang mencukupnya,”katanya lagi.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *