SUPERFOOD.MY TAWAR PRODUK KESIHATAN BERKUALITI DENGAN HARGA MAMPU MILIK

Nazirah Hassan

MELAKA – Sejajar dengan matlamatnya dalam berkongsi manfaat kesihatan dengan harga mampu milik, Superfood.my berjaya buktikan kualiti serta keberkesanannya kepada orang ramai. Walaupun baru dipasarkan secara rasmi bermula pertengahan tahun ini, rangkaian supplemen kesihatan daripada Superfood.my telah berjaya menarik sehingga 5,000 pelanggan dalam waktu yang singkat. Ketua Pegawai Eksekutif Superfood.my
Des Kuek turut berkongsi kegembiraan dengan MelakaFirst atas sambutan yang baik meskipun jenama ini baru diperkenalkan kepada umum.

Bagi menjamin kualiti produk Superfood.my, Des Quek akui beliau cukup menitikberatkan proses pembuatan daripada pemilihan ramuan organik dan bermutu tinggi sehinggalah terhasilnya produk akhir untuk dipasarkan.

”Dalam masa yang sama, kami juga bermatlamat untuk berkongsi manfaat produknya dengan menawarkan rangkaian makanan tambahan pada harga berpatutan,”katanya.

Berkongsi keistimewaan produk Superfood.my,
Ketua Strategi dan Perancangan Dato’ Nor Hasrin pula berkata, potensi makanan tambahan Amino 9 cukup tinggi untuk meningkatkan kesihatan orang ramai.

“Produk ini merupakan satu-satunya ‘supplement’ kesihatan buatan Malaysia yang mempunyai liabiliti insurans bernilai RM 2 juta. Ini membuktikan kualitinya yang cukup luar biasa dan terjamin keberkesanannya dalam meningkatkan kesihatan. Dengan kombinasi 9 jenis tumbuhan seperti kurma, minyak biji anggur dan ubi bit, Amino 9 terbukti mampu membekalkan tenaga serta meningkatkan kekuatan sistem pertahanan tubuh lebih-lebih lagi ketika waktu pandemik ini. “

“Saya turut berbesar hati mendengar pelbagai testimoni yang dikongsikan oleh pengguna atas keberkesanan Amino 9. Selain membekalkan tenaga, produk ini juga dilihat berkesan dalam membantu menyihatkan kulit, menstabilkan bacaan gula dalam darah serta menghilangkan penyakit saraf,”katanya.

Di samping Amino 9, Seight merupakan satu lagi produk yang mendapat permintaan tinggi daripada pengguna serata negara. Ramuan berkhasiat yang terkandung dalam Seight seperti ekstrak buah delima, lemon, dan epal hijau menjadikan produk ini cukup berkesan dalam mengatasi masalah ketidakhadaman serta membantu dalam menurunkan berat badan.

Seight didapati cukup baik untuk diamalkan bagi membersihkan kekotoran dalam usus yang menjadi punca pelbagai penyakit ketika ini. Ia juga diperkaya dengan antioksida yang membantu melambatkan proses penuaan serta mencantikkan kulit.

Dengan pembelian produk Superfood.my, pelanggan juga berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli Smart Users bagi menikmati lebih banyak promosi dan harga istimewa.

Kebaikannya dalam meningkatkan kualiti hidup menjadikan Superfood.my produk berpotensi tinggi dalam mengembalikan kesihatan orang ramai. Dalam pada itu, Superfood.my turut membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama menjana pendapatan lumayan sebagai usahawan supplemen kesihatan. Bagi yang berminat untuk turut serta menjadi agen jualan, boleh layari laman Facebook Superfood.my.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *