PINTU GERBANG LITTLE INDIA MERCU TANDA DI MELAKA

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Perasmian Pintu Gerbang Little India di Jalan Bendahara oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali semalam membuka satu lagi mercu tanda dan daya tarikan pelancongan di negeri ini.

Ini kerana pintu gerbang setinggi 9.4 meter itu dapat memperkenalkan identiti masyarakat India dan ia turut diceriakan dengan langkah menaiktaraf infrastruktur di kawasan sekitar oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Menurut Sulaiman, sejumlah RM2 juta diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan kerja-kerja mengindah serta menceriakan kawasan tersebut yang mempamerkan identiti serta budaya masyarakat India.

“Pintu gerbang ini adalah peruntukan daripada Kementerian Kewangan yang mana agensi pelaksana adalah MBMB; harga kontrak adalah RM1.684 juta dan tempoh kerja siap pada 5 Julai tahun lalu.

“Kerja ini meliputi kerja pengindahan di sekitar Jalan Bendahara iaitu pembinaan Pintu Gerbang Little India, Jalan Laksamana, Jalan Temenggong, Jalan Bunga Raya dan Jalan Kampung Pantai,”katanya.

Sulaiman menjelaskan, projek menaiktaraf itu membabitkan komponen penting termasuk rekabentuk dan motif di bahagian dinding dan kaki tiang menggunakan bahan ringan dan tidak berbahaya kepada pengguna jalan.

“Pihak MBMB juga telah memasang lampu hiasan melibatkan kos sebanyak RM151,300 bagi memeriahkan lagi sambutan Deepavali tahun ini.

“Sambutan Deepavali kali ini dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mana semua sektor ekonomi telah mula kembali operasi, bagaimanapun prosedur operasi standard (SOP) mesti dipatuhi,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Khas (Hal Ehwal Masyarakat India) Datuk Wira M.S Mahadevan dan lain-lain kenamaan.

Dengan tersergam indah pintu gerbang Little India di Jalan Bendahara yang menjadi salah satu pintu masuk utama pengunjung ke Banda Hilir, ia juga dapat menceriakan sambutan Deepavali yang akan disambut masyarakat India tidak lama lagi.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *