UMNO TERUSKAN PERSEFAHAMAN DENGAN PAS HADAPI PRN MELAKA

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

KUALA LUMPUR: UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi (semalam).

Menurutnya, keputusan mesyuarat khas yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu juga adalah selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

“Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip PAS menggunakan lambang partinya sendiri, selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk MN dalam mesyuarat pada 19 Oktober dan 18 November 2020.

“Ini untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas MKT UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Bagaimanapun, Ahmad menjelaskan sekiranya PAS kekal dengan pendirian untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN), perkara itu akan dirunding dan dimuktamadkan semula oleh tiga jawatan tertinggi UMNO.

“MKT memberikan mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Perdana Menteri (Naib Presiden), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan PRN Melaka,” katanya.

“Mesyuarat turut bersetuju melantik Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah PRN Melaka,”katanya.

Ahmad berkata, MKT turut meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi sedikit kelonggaran berkaitan SOP PRN Melaka.

“Ia tidak bermaksud bahawa UMNO tidak cakna atau prihatin kesihatan rakyat, kita prihatin…kita harapkan SOP sebagaimana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini 2020 dan PRK DUN Slim mungkin boleh digunakan,”katanya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *