KOCHEME HASIL MINYAK KELAPA DARA DENGAN KAEDAH TRADISIONAL

Nazirah Hassan

LENDU – Bagi meneruskan legasi keluarga, Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka atau Kocheme kini menghasilkan minyak kelapa dara dengan kaedah tradisional yang diwarisi secara turun-temurun. Pengasas Minyak Kelapa Dara Melaka, Junaidah Ibrahim mengakui produk itu merupakan penyelamat bagi koperasi tersebut untuk keluar dari kesempitan yang mencabar ketika waktu pandemik.

Menurut Junaidah, sebelum badai pandemik melanda, koperasi beliau yang fokus kepada pengoperasian pusat rekreasi begitu giat melangsungkan pelbagai program seperti team building, kem motivasi, dan program sukan lasak .

“Pusat rekreasi yang terletak di Kampung Lendu Hilir ini asalnya merupakan tanah pusaka milik keluarga. Saya cukup berbangga dapat membangunkan tanah kosong tersebut kepada pusat rekreasi yang dinamakan D’baruh serta mampu berkongsi manfaatnya kepada orang ramai,”katanya.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan Junaidah dalam mengoperasikan D’baruh sebelum waktu pandemik ialah program basikal lasak Lendu Lasak Monsoon Challenge yang mendapat penyertaan yang sangat memberangsangkan dari peminat sukan ekstrim dari dalam dan luar negara.

“Pusat rekreasi yang saya usahakan cukup terkesan ekoran wabak pandemik yang melanda negara. Dari situ, tercetusnya idea untuk memulakan pembuatan minyak kelapa dara secara kecil-kecilan sebagai alternatif bagi koperasi untuk menjana pendapatan.

“Saya juga lebih bersemangat untuk meneruskan perniagaan ini atas dorongan positif daripada pegawai koperasi. Pusat rekreasi yang sepi tanpa pengunjung sebelum ini kini digunakan sebagai tempat pembuatan Minyak Kelapa Dara Melaka.

“Memang tidak dinafikan terdapat pelbagai jenama saingan bagi minyak kelapa dara. Namun, apa yang membezakan produk kami dengan produk sedia ada di pasaran ialah kaedah pemprosesannya yang dilakukan dengan protokol tradisional bagi mengekalkan keasliannya. Di samping itu, Minyak Kelapa Dara Melaka juga tidak melalui proses pemanasan bagi memastikan khasiatnya terpelihara,” ujar beliau.

Walaupun Minyak Kelapa Dara Melaka merupakan warisan keluarga Junaidah, namun beliau tidak lokek berkongsi ilmu bagi yang berminat untuk belajar proses pembuatannya. Dalam pada itu, Kocheme mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk turut serta menjana pendapatan dalam penghasilan dan jualan Minyak Kelapa Dara Melaka.

Pelbagai kajian yang telah membuktikan khasiat kelapa dara untuk kesihatan seperti menyihatkan rambut dan kulit serta makanan tambahan yang bagus untuk ibu mengandung. Bagi yang berminat untuk menjalinkan perniagaan bersama Kocheme dalam penjualan Minyak Kelapa Dara Melaka, boleh hubungi Puan Junaidah di talian 013-3434298.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *