MENARA TAMING SARI X TOURISM MELAKA FUN RIDE MERIAHKAN SEKTOR PELANCONGAN NEGERI MELAKA

Nazirah Hassan

BANDAR HILIR – Bagi meraikan kebenaran rentas negeri bermula 11 Oktober lalu Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Menara Taming Sari Berhad telah menganjurkan Menara Taming Sari X Tourism Melaka Fun Ride.

Program berbasikal secara santai ini diadakan di Perkarangan Menara Taming Sari, Bandar Hilir Melaka melibatkan penyertaan kira-kira 250 orang yang terdiri daripada jabatan kerajaan, agensi swasta dan badan bukan kerajaan negeri Melaka.

Program ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Ts Kamel Mohamad dan beliau turut memberikan sokongan dengan turut serta aktiviti berbasikal bersama peserta. Turut hadir Pengurus Besar, Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Sa’ari Basiron

Program berbasikal ini dijalankan secara tertib dengan pematuhan SOP yang ketat. Jarak 30 kilometer berbasikal dalam program ini turut merangkumi beberapa perhentian atau checkpoint seperti Taman Rempah, Stadium Hang Tuah, Muzium Kapal Selam dan Stadthuys.

Program ini turut menyaksikan penyertaan dari pelbagai lapisan usia yang rata-rata cukup teruja dalam menyertai program sukan yang telah lama tidak diadakan ekoran penularan wabak Covid-19.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *