SEKOLAH PERIKSA SIJIL DIGITAL VAKSINASI GURU

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Semua sekolah di seluruh negara diarahkan melakukan pemeriksaan sijil digital vaksinasi terhadap warga pendidik dalam aplikasi Mysejatera bermula hari ini memastikan dan menjamin persekitaran sekolah yang selamat.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, berikutan hari ini adalah hari terakhir bagi semua penjawat awam diarahkan untuk mendapatkan vaksinasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat tegas mengenai arahan itu.

Katanya, menerusi pemeriksaan tersebut, ia sekali gus dapat mengurangkan kebimbangan ibu bapa terhadap jangkitan Covid-19 kepada anak-anak mereka ketika mengikuti pembelajaran secara bersemuka di sekolah.

“Mulai hari ini, pihak sekolah akan memeriksa sijil digital vaksinasi untuk memastikan setakat mana guru yang betul divaksin, maknanya periksa satu persatu sijil vaksinasi untuk memastikan yang mana sudah divaksinkan, mana yang tidak.

“Sebab kita tidak mahu ada kes-kes tertentu yang mana ada kes di mana guru mengatakan ada vaksin tetapi sebenarnya tidak divaksinkan dan sebagainya.

“Jadi kita akan pastikan setiap guru itu akan disemak sijil vaksin mereka oleh pihak sekolah bagi memastikan data terkini iaitu jumlah guru yang divaksin dan tidak divaksin yang tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek di sini, hari ini. Hadir sama Ketua Setiausaha KPM, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Dalam perkembangan lain, Mohd Radzi berkata lebih 1.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah bagi empat negeri iaitu Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) memulakan sesi persekolahan hari ini.

Katanya, secara keseluruhan seramai 694,531 murid sekolah rendah membabitkan Tahun 1 hingga 3 manakala sekolah menengah melibatkan 652,148 pelajar Tingkatan 3 dan 4.

“Jadi, secara keseluruhannya lebih 1.3 juta orang murid dan pelajar berada di sekolah hari ini,”katanya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *