DR RUSDI PENGARAH KESIHATAN MELAKA BAHARU

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Bekas Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Melaka yang baharu berkuatkuasa mulai 1 November 2021.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Dr Ismail Ali yang bersara wajib pada 1 November lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kiriman di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Dr Rusdi merupakan seorang Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan awam dan pengurusan.

Menurutnya, dalam skop bidang pengurusan, Dr Rusdi pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Hospital Seremban, Timbalan Pengarah Hospital Melaka, Pegawai Kesihatan Daerah Jasin, Pegawai Kesihatan Daerah Alor Gajah dan Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah.

Selain itu, beliau pernah bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut dan Klinik Kesihatan Kuala Besut.

“Selamat menjalankan tugas dan amanah. Semoga kecemerlangan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dapat diteruskan,”katanya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published.