PN & PENGANJUR PROGRAM NAJIB DIKOMPAUN

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

KUALA LUMPUR – Berikutan kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, penganjur program yang melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak dikenakan tindakan kompaun.

KKM menerusi kenyataan memaklumkan, dua kompaun berjumlah RM20,000 dan RM4,000 telah dikeluarkan atas kesalahan tersebut.

Menurut kenyataan KKM itu, kompaun tersebut dikeluarkan berikutan kegagalan penganjur memastikan pematuhan penjarakan fizikal oleh orang ramai yang hadir ke program berkenaan.

“Hasil siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, tiada aktiviti perhimpunan dikesan dalam dua program itu, sebaliknya ia lebih berbentuk sesi ‘walkabout’.

“Kompaun bernilai RM20,000 ditawarkan kepada PN Melaka sebagai penganjur perhimpunan yang melibatkan kehadiran Muhyiddin.

“Tawaran kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Manakala satu lagi tawaran kompaun bernilai RM4,000 dikeluarkan kepada individu yang bertindak sebagai penganjur program yang dihadiri Najib,” kata kenyataan itu.

KKM turut menegaskan pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus membuat pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“KKM tidak akan teragak-agak mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu atau pertubuhan perbadanan yang melanggar SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“KKM menasihati agar masyarakat terus patuh kepada SOP dan menjalankan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dalam memerangi pandemik COVID-19 di Malaysia,” tegasnya.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *