H: UMNO/BN DIHARAP KEMBALI PIMPIN MELAKA – AHMAD ZAHID

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sentiasa mengikuti perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka meskipun berada di Jerman untuk menerima rawatan.

Beliau turut mendoakan agar kerja keras jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) membuahkan hasil untuk memastikan negeri ini dapat kembali ditadbir.

“Saya amat menghargai dan terima kasih kepada mereka yang bertanya khabar saya di luar negara. Hari ini baru berkesempatan membalasnya. Kepada yang bertanya, alhamdulillah saya dan isteri dalam keadaan baik. Jutaan terima kasih kerana mengambil berat dan mendoakan kami.

“Semoga rakan-rakan dapat mendoakan agar urusan rawatan saya di sini dipermudah dan berjalan dengan lancar. Ada juga bertanya sama ada saya tahu tentang perkembangan di Malaysia menjelang PRN Melaka pada 20 November ini, Alhamdulillah walau terpaksa ke luar negara untuk menjalani rawatan, saya sentiasa memantau dan mengikuti rapi segalanya.

“Saya juga ambil maklum bahawa seluruh jentera, ahli, penyokong dan pemimpin UMNO siap siaga penuh semangat. Insya-Allah perjuangan rakan-rakan semua akan beroleh kejayaan demi menjulang kerajaan BN di Melaka dari kejauhan saya kirimkan doa mengiringi hasrat murni kita semua demi rakyat dan tanah air tercinta,” katanya menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook milik beliau.

-MF-
sumber : umno online

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published.