BN MOHON KELONGGARAN BERKEMPEN

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Aflieza Arshad
AYER KEROH – Timbalan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN)
Melaka, Datuk Wira Hasnoor Sdg Husin membuat permohonan kepada
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya memberi kelonggaran
berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya, BN membuat empat tuntutan untuk berkempen menggunakan
kaedah yang sama seperti sebelum ini tetapi mengakui akan mematuhi
prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan pandemik
COVID-19.

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Kesihatan, Khairy
Jamaluddin dan memohon beberapa tuntutan selepas KKM melarang sebarang
bentuk perhimpunan berkaitan pilihan raya bagi mengurangkan risiko
penularan COVID-19 dan peningkatan kes mendadak.

“Antara tuntutan tersebut supaya membenarkan
bilik gerakan beroperasi dengan kehadiran yang kecil pada
satu-satu masa serta membenarkan kempen rumah ke rumah
walaupun hanya di luar rumah sahaja,” katnya kepada MelakaFirst.

Dalam pertemuan bersama Khairy, Hasnoor juga memohon supaya
KKM membenarkan mesyuarat atau perjumpaan dalam skala kecil berkaitan
kempen tidak dihalang.

Beliau juga memohon dipertimbangkan sekiranya jentera parti
boleh membuka ruang’speaker corner’ sama ada di pasar malam, padang
atau tempat lapang untuk membuat hebahan mengenai kempen dan calon.

“Walaupun kempen pilihan raya mampu dilaksanakan menerusi
platform media sosial, namun kaedah konvesional secara bersemuka masih
relevan terutama bagi kelompok pengundi yang kurang mahir menguasai
media sosial.

“Pengundi golongan berusia biasanya lebih mudah
menerima penjelasan mengenai isu semasa dan politik menerusi kaedah
bersemuka berbanding bergantung sepenuhnya kepeda media sosial.

Ditanya berhubung nama beliau turut disebut sebagai calon di
salah satu Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Hang Tuah Jaya,
Hasnoor berkata itu terpulang kepada pucuk pimpinan parti.

“Dalam beberapa edisi PRU sebelum ini pun, nama saya
disebut-sebut sebagai calon, tetapi rezeki belum memihak. Begitu juga
pada kali ini, sekali lagi nama saya disebut.

“Jadi calon atau tidak itu bukan kemuncak kepada perjuangan
saya bersama UMNO, apa yang penting, siapa sahaja yang menjadi calon,
kita perlu sokong demi masa depan bersama,” katanya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *