CALON WANITA PRN PERLU BERDASARKAN MERIT – KALSOM

Aflieza Arshad

AYER KEROH – Ketua Wanita Hang Tuah Jaya, Datuk Kalsom Noordin, 68 berpandangan pemilihan wanita sebagai calon UMNO dan Barisan Nasional
(BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dibuat berdasarkan merit dan bukan sekadar memenuhi kuota semata-mata.

Katanya, keperluan tersebut bagi mengimbangi penyertaan wanita sebagai pemimpin memandangkan jumlah wanita dalam politik, terutama dalam peringkat kepimpinan tertinggi parti politik dan pentadbiran
masih terpencil.

“Sudah tiba masanya wanita tampil dengan wibawa dan ketokohan sama seperti kaum lelaki bagi membuktikan mereka juga layak mejadi pemimpin kerana turut bergiat sebagai tulang belakang UMNO dan Barisan Nasinonal (BN),” katanya kepada MelakaFirst.

Kalsom yang dinamakan sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu turut berterima kasih kepada pucuk pimpinan sekiranya diberi peluang menjadi calon bagi kerusi terbabit pada PRN 20 November ini.

Jelasnya, kepercayaan diberikan kepada beliau merupakan penghormatan kepada wanita menggalas tanggungjawab lebih berat bagi memenangi kerusi UMNO dan Barisan Nasional
(BN).

“Kepercayaan diberikan bagi mencadangkan calon wanita itu juga adalah pengiktirafan kepada perjuangan wanita yang mahukan kuota 30 peratus diisi oleh mereka.

“Dan walaupun wanita menjadi pemimpin, tugas mereka bukan hanya menumpukan perkara yang berkaitan wanita dan kekeluargaan sahaja, sebaliknya juga perlu berkhidmat secara menyeluruh kepada semua
masyarakat secara sama adil,” ujarnya.

Ditanya mengenai persediaan beliau berdepan pesaing
daripada pelbagai parti yang mengesahkan untuk merebut kerusi di DUN Pengkalan Batu, Kalsom berkata dia tidak akan bersendirian sebaliknya bekerja secara berpasukan.

“Saya bersama wanita UMNO sememangnya dari dahulu lagi giat melaksanakan kerja-kerja berkaitan parti. Kita sudah bersedia sejak sekian lama termasuk ketika UMNO kalah pada PRU lalu dan bukan baru memulakan gerak kerja hanya apabila menjelang PRN.

“Cuma sekarang adalah masa paling kritikal untuk
menumpukan gerak kerja bagi membolehkan UMNO berjaya merampas kembali kerusi di DUN tersebut. Ini adalah perjuangan parti secara total dan
bukan perjuangan individu,”katanya.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *