DUN ASAHAN : AZMAR TIDAK GENTAR BERDEPAN IDRIS

ASAHAN – Meskipun berbeza fahaman politik namun calon bebas yang bakal merebut kerusi DUN Asahan, Azmar Abdul Hamid tidak menolak bersua muka dengan lawannya merebut kerusi sama iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Menurut Azmar, pertemuan tersebut memberi kesempatan baginya dan Idris berkongsi kisah masing-masing khususnya mengenai kemampuan bertanding di DUN itu.

“Idris menasihatkan saya supaya batalkan niat bertanding di kawasan tersebut dan mencadangkan beliau untuk bertanding di kawasan yang lebih tinggi harapannya untuk menang.

“Dia sangat yakin akan menang bagi kerusi tersebut, jika dia yakin, saya lagi yakin untuk menang.

“Saya berpegang teguh dengan keputusan bertanding merebut kerusi DUN Asahan walaupun kali pertama saya bertanding pilihanraya,” kata anak jati Asahan ini.

Tambah Azmar, pilihan raya kali ini dilihat sebagai persaingan yang sihat dan beliau ingin bertanding secara profesional demi masa depan tempat kelahirannya itu.

“Saya tidak pernah berasa kekok bergaul dengan warga setempat, malah kesempatan yang ada saya ambil dengan meluangkan masa menyantuni calon lain tidak mengira fahaman politik.

“Pendekatan ini akan meluaskan lagi sudut pandangan terhadap kehidupan masyarakat Asahan di samping melebarkan jaringan sedia ada dalam bidang politik yang baru diceburi ini,” katanya.

Sementara itu, mengimbas insiden melibatkan Idris beberapa tahun lalu, Azmar pernah dituduh menyeleweng dana kerajaan negeri akibat salah faham dengan mantan Ketua Menteri Melaka ke-10 itu.

“Dahulu saya pernah berhasrat mengadakan program di bawah kerajaan negeri namun permohonan saya dibatalkan kerana tiada kelulusan daripada beliau walaupun segala protokol permohonan telah diikuti.

“Disebabkan itu, saya menjadi suspek bagi kes penyelewengan dana kerajaan dan disiasat oleh pihak berkuasa namun didapati tidak bersalah kerana tiada bukti kukuh.

“Alhamdulillah, kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak perlu dipanjangkan ke mahkamah. Saya juga sudah lama memaafkan pihak yang terbabit dalam salah faham ini,” katanya.

Azmar yang juga rakan sekolah Idris percaya setiap masalah boleh diselesaikan dengan baik dan perkara yang lepas tidak usah diungkit.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *