CERAMAH, SYARAHAN & KEMPEN FIZIKAL TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG PRN MELAKA

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Semua penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal, tidak dibenarkan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata ia adalah sebagai langkah pencegahan COVID-19.

Bagaimanapun, menurut Abdul Ghani, SPR membenarkan parti-parti politik dan calon yang bertanding pada PRN Melaka menggunakan kaedah menaiki lori atau van untuk berkempen dengan mendekati pengundi,

“Selain dari kita benarkan berkempen dengan edarkan pamplet secara tidak bersemuka, kita juga benarkan pergerakan calon dengan van atau lori dengan syarat mendapat permit polis terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media selepas proses penamaan calon di sini hari ini.

“Macam zaman dulu, Jabatan Penerangan ada buat, kalau di taman-taman perumahan tu kita lihat ada van yang menjjual tilam…tilam lama…tilam lama, bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan, itu juga kita benarkan,”katanya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *