ISU SIAKAP : PELANGGAN WAJAR AMBIL TELADAN

Marina Sahabudin

MELAKA – Tular baru-baru ini mengenai kumpulan pelancong di Langkawi yang mendakwa dikenakan
bayaran RM1,196.80 untuk ikan siakap seberat 7.48kg yang dipesan mereka di sebuah restoran
terapung untuk makan tengahari dengan jumlah keseluruhan bil termasuk hidangan makanan dan
minuman lain dengan jumlah RM1,759.50.

Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, isu tersebut telah menarik perhatian pengguna dan mengundang simpati ramai.

Menurutnya, komunikasi antara pelanggan dan peniaga juga penting bagi mengelak kekeliruan sekaligus menimbulkan pelbagai isu.

“Bukan sahaja soal
timbangan dan harga, tetapi pengiraan harga ditetapkan sebelum membuat
pesanan perlu dipastikan terlebih dahulu. Lokasi dan ‘standard’ restoran juga perlu diambil kira sebagai penentu perkhidmatan dan harga, cas yang bakal dikenakan.

“Justeru, peniaga khususnya wajib mempamerkan tanda harga selain memberi penerangan jelas dan telus kepada pelanggan khususnya melibatkan harga timbangan secara gram atau kilogram.

“Dalam soal ini juga peniaga wajar menggunakan alat timbangan yang sah sahaja serta membuat timbangan secara berdepan kerana ia hak pelanggan dalam apa urusan sekalipun,” katanya.

Tambahnya, sebagai pengguna kita sentiasa berhak bertanya, mendapat maklumat yang tepat dan betul sebelum membuat pembelian mahupun pesanan.

“Jika setuju, pelanggan boleh teruskan dengan pesanan dan jika sebaliknya, pelanggan mempunyai hak untuk tidak mendapat perkhidmatannya.

“Kes-kes yang berlaku sudah semestinya menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk bersikap lebih
berhati-hati, bagi peniaga perlu memberi kepada perkhidmatan yang baik, ada ketelusan dan tidak
mengambil kesempatan ke atas mereka yang berbelanja,” katanya.

Jelas Azlin, dalam hal berkaitan, adakah ‘Budaya Makan Di Restoran’ perlu diubah?, Budaya ‘Bayar Dulu Sebelum Makan dan Hapuskan Makan Dulu Sebelum Bayar’ juga menjadi cadangan dan mungkin boleh jadi
ikutan masyarakat pengguna pada masa-masa hadapan.

“Kita juga berharap orang ramai membuat aduan terus
kepada pihak berkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
jika ada melibatkan isu dan kes melibatkan hak mereka sebagai pengguna terabai.

“Selain diambil kesempatan peniaga dan sebagainya bagi memudahkan penguatkuasa mendapat maklumat terperinci daripada pengguna sendiri untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Pada masa sama juga pihak berkuasa wajar kerap membuat pemantauan dan pemeriksaan kepada premis-premis setidaknya lawatan untuk memastikan keberadaan semua perkara. Malah pihak penyedia perkhidmatan sentiasa terus mematuhi undang-undang terutamanya di kawasan pelancongan dan menjadi tumpuan ramai,” katanya.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *