MEREKA GERUN DENGAN UMNO – TOK MAT

Marina Sahabudin

MELAKA – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan atau Tok Mat menegaskan bukan sahaja UMNO ‘dipatuk oleh ular’ yang sama, malah rakyat turut terkena tempiasnya.

Beliau berkata demikian menerusi wawancara di portal MyTvOnline mengenai pandangannya terhadap situasi politik dihadapi UMNO/BN terkini.

Ujar beliau, setiap hari ada sahaja pemimpin kerajaan diugut dan diancam oleh segelintir pihak.

“Kalau tidak dapat apa yang mereka hendak maka akan keluar.

“Banyak pihak yang takut dengan kita, sebab itu semua nak bunuh (parti) kita,” katanya sinis apabila ditanya mengenai ketakutan banyak pihaknjika BN kembali menjadi kerajaan.

Mengulas mengenai Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka, Mohamad tidak menolak mempelawa pihak lawan menyertai BN sekiranya diberikan mandat pada PRN kali ini bagi mengimbangi kuasa yang diberikan rakyat Melaka.

“Jentera sedia ada perlu pastikan semua penyokong BN keluar mengundi bagi memastikan kemenangan BN pada 20 November kelak,” pesan beliau.

-MF-
sumber : MyTvOnline

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *