TAK PERNAH ‘TEKAN’ PAS – TOK MAT

Marina Sahabudin

MELAKA – UMNO tidak pernah menekan PAS berhubung penggunaan logo masing-masing dalam pilihanraya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun, PAS yang enggan menerima tawaran tersebut dan telah memilih PPBM dalam Perikatan Nasional.

“Tiada sebarang tekanan terhadap parti itu berhubung perkara ini. Kita telah lama ‘menghulur tangan’ kepada PAS dan mereka tidak mahu menyambutnya,” katanya.

Tambah beliau, kerjasama UMNO – PPBM sememangnya tidak dipersetujui ahli Umno dan pendirian itu telah ditetapkan dalam PAU2020.

“Jadi tidak wujud isu UMNO tamak kuasa sebagaimana didakwa sesetengah pihak.

“Bahkan saya sendiri tidak mempunyai kuasa mengubah keputusan akar umbi Umno melainkan satu mesyuarat agung khas dijalankan bagi mengubah keputusan PAU 2020,” katanya.

-MF-
sumber : mytvonline

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *