Marina Sahabudin
ALAI – Calon Perikatan Nasional (PN) DUN N 15 Pengkalan Batu, Mohd Azrudin Mohd Idris tekad membantu masyarakat di DUN itu dalam usaha memberikan kehidupan lebih baik kepada mereka.
Mohd Azrudin berkata, antara fokus utamanya adalah untuk menyelesaikan masalah banjir dan parkir di Hospital Melaka (HM) yang dilihat tidak menemui jalan penyelesaian sejak dahulu lagi.
“Menerusi tinjauan dan maklum balas dilakukan, saya dapati punca banjir kilat ini disebabkan saluran pengaliran tidak sistematik.
“Kesannya, beberapa kawasan iaitu Kampung Pulau Kelapa, Solok Balik Bukit Peringgit, Batu Hampar, Kampung Pasir Putih, Kampung Sarang Helang dan Bachang Utama mudah dinaikki air khususnya ketika hujan lebat berterusan.
“Justeru, saya akan membawa perkara ini ketengah untuk pastikan ia dapat diselesakkan sebaik mungkin bagi jangka masa panjang. Saya juga memahami kerugian dialami penduduk terlibat dan berharap dapat meringankan beban mereka,” katanya pada majllis makan malam bersama media di Restoran Cendana di sini.
Tambahnya, isu parkir HM juga akan diberi penekanan.
“Saya lihat masalah parkir di sini semakin meruncing. Setiap hari beratus kenderaan parkir di pinggir utama sehingga mengganggu tradik di kawasan itu dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
“Pada masa sama, ia menyukarkan orang ramai yang berurusan di HM kerana sukar mendapatkan parkir lebih-lebih lagi pada waktu kecemasan,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Azrudin berjanji menggalas tanggjungjawab dan amanah diberikan jika terpilih sebagai wakil pemimpin di DUN itu.
“Walaupun masih hijau dalam bidang ini, sebagai ahli politik kita harus memberikan tumpuan membantu rakyat dan mengenepikan hal-hal lain.
“Memang ada ahli politik yang tidak mempedulikan kesusahan rakyat terkesan Covid-19 dan hanya memikirkan kepentingan sendiri seperti apa berlaku kini.
“Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang, tetapi saya akan cuba menyelesaikan setiap permasalahan dihadapi penduduk setempat satu persatu. Harapan saya, program pembangunan dibawa nanti dapat meningkatkan sedikit sebanyak taraf hidup mereka,” katanya.
-MF-