TUMINAH FOKUS SEKTOR PERIKANAN PANTAI KUNDUR

Nazirah Hassan

PANTAI KUNDOR – Calon Barisan Nasional (BN), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor Tuminah Kadi, berhasrat menubuhkan pusat kawal selia mengumpul dan menjual hasil laut di Pantai Puteri sebagai usaha menggalakkan sektor perikanan di DUN ini.

Mesra disapa Kak Ina, calon berusia 54 tahun ini yakin hasil perikanan di sini mempunyai potensi tinggi untuk dikomersialkan sekaligus memacu ekonomi baru penduduk setempat.

“Hasil bumi di Pantai Puteri adalah hasil laut, jadi kita perlu gunakan kelebihan ini menubuhkan pusat sehenti bagi menarik pelancong yang singgah ke Melaka. Pendekatan ini juga semestinya berkesan bagi mempromosikan perniagaan hasil anak tempatan,” katanya.

Kak Ina turut melihat cadangan ini dapat menguatkan lagi reputasi Pantai Puteri sebagai lokasi pelancongan sekaligus meningkat taraf ekonomi penduduk sekitar.

“Pada masa sama, kebajikan dan kemudahan nelayan di sini akan diambil perhatian. Saya mahu fokus kepada usaha menaiktaraf infrastruktur nelayan yang sering berhadapan masalah hakisan pantai sehingga menjejaskan pendapatan mereka,” katanya.

Menerusi PRN kali ini, Tuminah akan dicabar calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Ridzwan Mustafa serta Datuk Nor Azman Hassan (BN).

-MF-
Gambar : bernama

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *