Piala Malaysia: Melaka United FC ke Separuh Akhir

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

KELAB Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) menyamai pencapaian 1983 bola sepak Melaka apabila mara ke pentas separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah 2-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Keputusan malam tadi itu menyaksikan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan mencatatkan kemenangan dengan agregat 3-1 selepas memenangi perlawanan suku akhir pertama di Stadium Likas Sabah dengan keputusan 1- 0, Ahad lepas.

Pasukan Melaka United FC tidak menunggu lama untuk menceriakan penonton yang hadir menerusi rembatan jarak jauh oleh pemain import dari Brazil, Adriano Narcizo seawal minit ke-3.

Gol berpunca daripada gerakan Manuel Ott yang membuat hantaran kepada Adriano sebelum dia meledak dengan kaki kirinya ke kanan gawang pelawat dan gagal diselamatkan penjaga gol Rozaimie Rohim.

Gol pembukaan itu terus menyemarakkan semangat pemain Melaka FC untuk terus menambah jumlah jaringan menerusi percubaan Sony Norde pada minit ke-19 tetapi berjaya diselamatkan Rozaimie.

Beberapa peluang gol turut terhidang buat skuad Hang Tuah menerusi Adriano pada minit ke-27 Gioavane (m29); Norde (m30); Kumahraan (m35) dan Khairul Anwar Shahrudin (m39) tetapi gagal menembusi gawang lawan sehingga sepruh masa pertama berakhir.

Bersambung di separuh masa kedua, Melaka United FC terus melancarkan serangan pada babak kedua dan hasilnya gol kedua yang dicari ditemui menerusi tolakan Norde pada minit ke-78 selepas menerima hantaran Andriano.

Pada masa kecederaan, Sabah FC kendalian Datuk Ong Kim Swee mendapat gol sagu hati menerusi sepakan penalti yang disempurnakan kapten pasukan Riso Mitrevski selepas Che Rashid Che Halim menjatuhkan Jenius Karib dalam kawasan penalti.

Di perlawanan separuh akhir, Melaka United FC akan bertemu KL City FC manakala Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan bertemu finalis edisi 2018 Terengganu FC (TFC).

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *