WUJUDKAN PUSAT MEDIA SOSIAL UNTUK WARGA EMAS

Marina Sahabudin

JASIN – Bekas ADUN Bemban yang kini kembali bertanding bagi kerusi sama (N24) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, berhasrat menubuhkan pusat aktiviti yang memfokuskan penguasaan media sosial dalam kalangan warga emas khususnya di DUN itu.

Bertanding bagi tiket Bebas, Datuk Ng Choon Kooon berkata, inisiatif tersebut sebagai usaha meningkatkan pengetahuan golongan berkenaan dalam bidang digital sekaligus mengurangkan jurang antara warga emas dan belia.

Menurutnya, berdasarkan perangkaan Kementerian Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat ketika ini terdapat sekitar 12.6 peratus atau 126,000 warga emas di Melaka.

“Sementara warga emas di negara ini pula dijangka meningkat sebanyak 15.3 peratus iaitu 5.3 juta pada 2030 dan ini bukanlah sesuatu yang baik apabila wujud jurang digital yang besar antara mereka dan anak muda,” katanya ketika pada sesi sidang media diadakan semalam.

Jelas Choon Koon, beliau tampil dengan idea berkenaan yang dijangka mampu direalisasikan dalam tempoh dua tahun sekiranya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.

“Pembinaan pusat ini tidak melibatkan wang kerajaan sebaliknya menggunakan dana sumbangan pihak swasta dan diuruskan sukarelawan termasuk tenaga pengajar profesional.

“Warga emas dialu-alukan datang untuk menyertai pelbagai aktiviti yang sesuai termasuk membuka akaun media sosial seperti TikTok, Facebook (FB) dan Instagram (IG) yang diyakini bakal memberi pelbagai manfaat kepada mereka,” katanya.

Tambah beliau, sebagai permulaan pusat aktiviti itu dianggarkan mampu menampung 50 hingga 60 orang pada satu-satu masa dan beroperasi bermula jam 10 pagi hingga 7 petang.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *