Marina Sahabudin
TELOK MAS – Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang memenangi kerusi DUN Telok Mas menganggap kemenangan beliau sebagai permulaan untuk terus menabur bakti khususnya kepada penduduk DUN itu.
Beliau berjanji akan menunaikan ’10 Janji’ dikatakan dan sangat berterima kasih buat pengundi yang telah memberi kepercayaan kepadanya.
“Tahniah juga Barisan Nasional(BN) yang menang PRN Melaka.
“Terima kasih untuk semua pasukan saya yang banyak membantu saya sepanjang kempen berlangsung.
“Selain itu, terima kasih juga bagi calon dari PH, PN dan bebas yang bertanding di Dun Telok Mas kerana memberi saingan kempen yang sihat,” katanya.
-MF-
Post Views: 379