MUHAMMAD ZAIDEE DAUT
KELAB Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) mampu menarik nafas lega seketika apabila berjaya membawa bekalan tipis selepas terikat 1-1 dengan KL City dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Kejayaan mengikat KL City itu membolehkan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan memperoleh kelebihan bekalan satu gol di tempat lawan dan hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini.
Pada aksi malam tadi, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi skuad Hang Tuah berjaya berada di depan terlebih dahulu menerusi sepakan percuma Adriano Narcizo yang berjaya menewaskan penjaga gol KL City, Kevin Mendoza pada minit kelapan.
Biarpun aksi perlawanan diadakan tanpa penyokong susulan insiden penyokong menceroboh masuk padang di Cheras minggu lalu, KL City berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Zhafri Yahya yang menanduk masuk bola hantara kapten, Paulo Josue pada minit ke-26 dan keputusan itu kekal hingga tamat permainan.
Dengan keputusan seri itu, Melaka United FC kini berpeluang cerah untuk layak buat pertama kali beraksi di final piala Malaysia dan hanya hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini.
-Ends-