KERAJAAN BAHARU PILIHAN RAKYAT MELAKA

Marina Sahabudin

KUALA LUMPUR – Melaka menjadi kebangkitan semula Barisan Nasional (BN) selepas terbukti menjadi pilihan rakyat Melaka menerusi PRN lalu.

Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mandat diberikan terhadap BN menunjukkan kestabilan politik antara aspek dimahukan rakyat.

“Melaka adalah babak penting kebangkitan semula BN menguasai Kerajaan Pusat. Bermula dengan pelbagai kemenangan pada pilihan raya kecil sebelum ini, Melaka adalah momentum yang menderaskan lagi usaha BN untuk menguasai semula Kerajaan.

“Di Melaka, BN juga telah memaparkan kesungguhan untuk pembaharuan. Penampilan 87 peratus calon baru, bersih dan berwibawa membutktikan BN melepasi halangan sangat besar dalam usaha pembaharuan ini,” katanya dalam satu kenyataan dikongsi di laman sosial facebook miliknya.

Tambah beliau, Melaka menyaksikan ‘generational change’ yang sangat BN perlukan.

“BN juga tegas mempelopori pembanterasan politik lompat-melompat yang tidak bermoral. BN akan melaksanakan pembanterasan tersebut dengan segera.

“Pengajaran terbesar daripada episod pilihan raya di Melaka ialah rakyat mahukan politik yang stabil dan berprinsip dan kestabilan hanya akan wujud jika ada sebuah parti politik yang dominan menguasai Kerajaan, kerana itulah semangat sebenar sebuah sistem demokrasi ala ‘Westminster’.

“Model ‘Westminster’ bukan perikatan parti-parti kecil dan sederhana membentuk Kerajaan. Situasi seperti itu adalah rumusan kepada ketidakstabilan sebenarnya,” katanya.

Jelas Mohamed Khaled, BN mengambil risiko besar membuat perhitungan politik di Melaka.

“BN bukan jenis ‘risk averse’ atau mengelak risiko. Malah, sanggup menghadapi segala risiko demi keberhasilan yang berlipat ganda.

“Perang terbesar yang BN harus hadapi selepas ini ialah Pilihan Raya Umum ke-15. BN tidak akan melepaskan peluang ini untuk kembali mentadbir Malaysia.

“Melaka telah memberikan BN keyakinan bahawa ia ‘pilihan’ terbaik untuk Malaysia. Politik yang sederhana, menghargai kemajmukan, progresif serta pengalaman mengurus kepelbagaian yang telah teruji,” katanya.

Bagaimanapun, akui beliau, perjalanan BN menuju PRU ke-15 bukanlah mudah.

“Pengundi milenial dan sokongan bukan Melayu adalah cabaran yang sangat mencabar. BN perlu bekerja keras bagi menanganinya,” kongsinya lagi.

-MF-
sumber : laman sosial fb datuk seri mohamed khaled

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *