MOHD RAFIQ LETAK JAWATAN

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MELAKA – Naib Presiden Bersatu, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen mengesahkan meletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka berkuatkuasa serta merta.

Pengumuman tersebut dikongsikan beliau di laman sosial rasmi miliknya sebentar tadi.

Ujar beliau, surat rasmi peletakan jawatan tersebut akan diserahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu/Pengerusi PN esok.

“Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kekhilafan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pengerusi PN Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka.

“Perletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk mengetuai Bersatu Melaka dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat segala persiapan bagi menghadapi PRU-15.

“Ia juga bagi membolehkan segala fokus dapat saya berikan untuk memperkukuhkan kedudukan dan sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional Parlimen Tangga Batu dan Bersatu Bahagian Tangga Batu selain memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai Naib Presiden Bersatu menjelang PRU-15,” katanya.

Mohd Rafiq juga berharap dan berdoa agar rakyat terus memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

“Moga-moga Perikatan Nasional akan mencapai kejayaan yang cemerlang pada PRU-15 yang bakal tiba nanti,” katanya.

-MF-
Sumber : FB Mohd Rafiq

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *