MELAKA – Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di Balai Istiadat, Seri Negeri didahului Datuk Seri Ab Rauf Yusof mendahului senarai barisan EXCO terlibat di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam sebagai EXCO Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan.
Seterusnya Datuk Muhammad Jailani Khamis (EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Rahmad Mariman (EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir) dan Datuk Zaidi Atan (EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar).
Ia diikuti Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani), YB Tuan V P Shanmugam (EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan YB Datuk Kalsom Nordin (EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan).
Kemudian diteruskan oleh Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai EXCO Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rais Yasin sebagai EXCO Pendidikan dan Teknologi, dan Tuan Ngwe Hee Sem sebagai EXCO Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna seterusnya turut mengangkat sumpah.
Majlis turut dihadiri Dato’ Ts. Kamel Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Selepas majlis selesai, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka seterusnya menyampaikan ucapan taat setia.
sumber : Fb Kerajaan Negeri Melaka