ALOR GAJAH – Seramai lapan keluarga terjejas apabila angin kuat di berlaku sekitar Rumah Awam Pulau Sebang 2, Taman Bukit Sebang, Kuala Ina dan Pulau Sebang di sini baru-baru ini.
Kejadian tersbeut mengakibatkan kerosakan rumah, pokok tumbang dan kenderaan penduduk turut mengalami kerosakan.
Justeru, Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kepada mangsa terlibat.
Seorang mangsa Mohd Shaiful Nizam Kamis, 34, berkata, kejadian hari itu pertama kali terjadi dan dia tidak pernah melihat angin begitu kuat berlaku di situ.
Menurutnya, dia dan keluarga bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dan kejadian itu berlaku terlalu pantas.
“Segala bantuan yang diterima sebelum ini dan hari ini sedikit sebanyak meringankan beban kami,” tanya ketika ditemui pada majlis penyampaiam sumbangan.
Sementara, Pengusaha Taska Anak Emak, Khairiah Mansor, 60, pula berkata, ketika kejadian dia berada bersama 6 guru dan 20 anak-anak taska di halaman taska menunggu masa untuk melepaskan anak-anak taska di ambil oleh ibubapa dan penjaga masing-masing.
“Saya sangat cemas apabila terdengar bunyi angin kuat sehingga menyebabkan bumbung bahagian garaj dan dapur taska diterbangkan angi dan siling jatuh.
“Dengan pantas saya mengarahkan guru membawa anak-anak taska mencari perlindungan, tutup semua tingkap dan kumpulkan mereka. Apapun, saya amat bersyukur kerana tiada perkara tidak diingini berlaku,” katanua.
Dalam perkembangan sama, Mohd Redzuan berharap sumbangan dihulurkan dapat mengurangkan beban mangsa.
“Walaupun tidak sebanyak mana kos pembaikan rumah yang rosak dapat diberikan tetapi ia dilihat dapat memberi kegembiraan kepada mereka sementelah dalam keadaan rakyat terus terbeban dengan harga barangan naik mendadak,” katanya.
-MF-