PENINGKATAN HARGA BARANG, RAKYAT TERTEKAN

Marina Sahabudin

MELAKA – Pengguna dan rakyat terus terbeban dengan harga barangan naik mendadak yang secara keseluruhannya memaparkan kos sara hidup semakin meningkat.

Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, menjadi kebiasaan jika kenaikan harga barangan di pasaran dipengaruhi lebihan, permintaan tinggi, penawaran, kos pengangkutan meningkat serta faktor lain seperti cuaca tidak menentu.

“Namun, kenaikan kebelakangan semakin melampau meningkatkan kerisauan pengguna terutamanya yang terhimpit dengan kehilangan mata pencarian akibat pandemik Covid-19.

“Rakyat yang sedang terbeban dengan kesusahan berdepan terpaksa menanggung pelbagai kos ditanggung,” katanya

Ujarnya, harga petrol, ikan, ayam, telur, sayur-sayuran, produk asas roti dan segala yang berkaitan dengan keperluan isi rumah ditekan secukupnya selain harga makanan di premis yang melampau dan tidak masuk akal.

“Isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana akan terdedah atau terhalang untuk mendapat sumber makanan yang baik dan berkhasiat pada harga berpatutan, ini sedikit sebanyak memberi kesan mendapat makanan sihat dan baik tersasar sekaligus menyebabkan tabiat mengambil makanan kurang sihat menjadi amalan.

“Justeru, kerajaan perlu segera menanggani isu peningkatan harga barangan. Pemantauan dan penguatkuasaan mesti dilakanakan dengan tegas, agresif dan berterusan.

“Kesedaran pengguna dalam memberi maklumat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa juga perlu dipertingkatkan dan jangan biarkan segala bentuk manipulasi harga di pasaran berlaku,” katanya.

Tambah Azlin, penetapan harga siling selari dengan purata pendapatan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah perlu diwujudkan dan bukan pada barangan terpilih sahaja khususnya ketika meraikan perayaan.

“Jika tidak pengguna dan rakyat sendiri akan sengsara dengan kenaikan harga yang berterusan berlaku.

“Dalam konteks ini, semua pihak gabungan kementerian, pemimpin, profesional dan NGO termasuk wakil pengusaha perlu bekerjasama lebih spesifik mencari pendekatan berkesan bagi memastikan harga barangan, pengguna dan rakyat yang terutama berpendapatan rendah terbela,” katanya.

-MF-
foto : gambar hiasan

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *