TINDAKAN TEGAS PEMANDU MABUK

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MELAKA – Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas terhadap mabuk di negara ini.

Menerusi perkongsian Siti Aisyah Mahmood di laman sosial facebook miliknya, dilaporkan mengenai kejadian kemalangan yang didakwa berpunca daripada pemandu mabuk di Klebang malam semalam.

Dikatakan kejadian tersebut berlaku selepas menutup kedai, kesemua staf TEKO Delights Klebang Melaka dilanggar oleh pemandu terbabit di persimpangan lampu isyarat Klebang.

“Bapa kepada staf kami Mawar, telah meninggal dunia di tempat kejadian. Mawar pula patah kaki. Adik Mawar cedera. Haikal pula hatinya luka dan sesak nafas. Amirul dan Afiq cedera. Semuanya di Hospital. Malangnya, pemandu mabuk itu hanya cedera ringan,” kongsinya.

Justeru, dia meminta kerajaan Malaysia ambillah
tindakan tehas kepada pemabuk-pemabuk ini.

“Nyawa mereka yang tidak bersalah, yang berhati-hati di jalan raya yang melayang. Si pemabuk perlu ke muka pengadilan jangan bertangguh. Adili segera!.

“Disebabkan kejadian itu, semua pekerja saya, motorsikal mereka remuk dan rosak. Kereta mawar jangan cerita. Hancur. Ya Allah sedih sgt. Semua mereka adalah pekerja saya yang terbaik. Allahu. Besar sungguh dugaan,” kongsinya lagi.

Alfatihah untuk Arwah Abg Aim yang terkorban semalam. Mawar… bertabahlah ya dik.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MELAKA CADANG SEDIA MESIN AED

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT AYER KEROH – Melaka bercadang menempatkan mesin AED (automated external defibrillator) di kawasan tumpuan orang ramai bagi membantu menyelamatkan

LEYPARK STATION TARIKAN BAHARU DI MELAKA

Marina Sahabudin AYER KEROH – Berkesempatan menjejakkan kaki di Pasar Malam Leypark Station yang beroperasi di Dataran Sejarah di sini memberi gambaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *