MUHAMMAD ZAIDEE DAUT
KUALA LUMPUR – Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkuat kuasa semalam.
DBP menerusi catatan di akaun rasmi Facebooknya mengumumkan perkara itu dan merakamkan ucapan tahniah.
“Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah. Selamat kembali menerajui institusi keramat perjuangan bahasa,” menurut catatan itu.
Abang Sallehuddin pertama kali dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP yang ke-12 pada 2019.
Sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP, beliau pernah menjawat Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP dan memangku jawatan Ketua Pengarah DBP.
Post Views: 378