BUSANA DIRGAHAYU MARTABAT TRADISI BERTANJAK

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

NAZIRAH HASSAN

MELAKA – Busana Dirgahayu membuka peluang kepada orang ramai untuk menghidupkan kembali warisan busana Melayu menerusi perniagaan tanjak yang diusahakan mereka.

Menurut pemiliknya, Shavareeni, 27, perniagaan tersebut bermula menerusi minat keluarganya yang tidak pernah melupakan tradisi pemakaian tanjak sejak dahulu lagi.

“Kami sepakat menjalankan perniagaan ini pada tahun 2018 dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Kini, ia kembali rancak selepas hampir dua tahun kita berhadapan wabak Covid-19.

“Permintaan tanjak biasanya sangat tinggi pada musim perayaan khususnya Aidilfitri dan saya sangat bersyukur
kerana ia terus dihargai,” katanya kepada MelakaFirst.

Ujarnya, dia juga teruja apabila Busana Dirgahayu mendapat permintaan daripada luar negara.

“Saya sangat gembira kerana sambutan yang memberangsangkan ini tidak hanya oleh pelanggan dari dalam Melaka serta Malaysia, sebaliknya kami mendapat tempatan dari Australia juga.

“Bagi saya ia satu pencapaian cukup membanggakan dalam usaha memperkenalkan tradisi warisan bangsa di mata dunia,” katanya.

Shavareeni akui, dia sangat menitikberatkan kualiti tanjak dihasilkan supaya sesuai digayakan si pemakai.

“Justeru, Busana Dirgahayu turut menawarkan khidmat rundingan bagi membantu pelanggan mendapatkan rekaan dan warna tanjak yang sesuai untuk dipadankan dengan pakaian tradisional masing-masing.

“Terdapat tiga kategori tanjak iaitu Tanjak Warisan yang diturunkan oleh Raja-Raja Melayu, Tanjak Klasik yang sering dikenakan dalam filem dan pementasan serta Tanjak Kreasi yang dihasilkan mengikut rekaan sendiri,” katanya.

Bercerita mengenai harga tanjak ini pula, jelas Shavareeni, ia dijual mengikut permintaan pelanggan.

“Kami menjual tanjak dengan harga mampu milik bermula RM50 bagi tanjak yang diperbuat menggunakan kain kapas kosong dan RM90 ke atas bagi tanjak songket,” katanya merancang membuka galeri busana tradisional pada masa terdekat.

Sementara pemilik bersama perusahaan ini, Ahmad Ridhauddin berkata, dia mempunyai kemahiran mereka tanjak dan sentiasa menekankan cara pemakaian yang betul mengikut warisan turun-temurun.

“Pemakai perlulah meletakkan pengikat pada telinga sebelah kanan. Di samping memakai dengan betul, tanjak juga perlulah dijaga dengan penuh hormat sebagai lambang bangsa unggul yang tak lapuk ditelan zaman,” kongsinya berbesar hati kerana dapat mempelajari ilmu lipatan tanjak dengan lebih mendalam.

Tambah Ahmad Ridhauddin, terdapat pelbagai tanjak diketengahkan menerusi tiga kategori disediakan.

“Antara variasi rekaan ekslusif termasuklah Balong Ayam, Mahkota Alam dan Lang Menyongsong Angin,” katanya syarikat itu juga membuka tempahan bengkung dan kain samping sebagai pelengkap busana tradisi warisan bangsa.

Busana Digahayu mengalu-alukan orang ramai yang berminat mendapatkan tanjak dan kelengkapan busana tradisional dengan melayari Facebook Busana Dirgahayu atau hubungi Shavareeni di talian 0199411822.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MELAKA CADANG SEDIA MESIN AED

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT AYER KEROH – Melaka bercadang menempatkan mesin AED (automated external defibrillator) di kawasan tumpuan orang ramai bagi membantu menyelamatkan

LEYPARK STATION TARIKAN BAHARU DI MELAKA

Marina Sahabudin AYER KEROH – Berkesempatan menjejakkan kaki di Pasar Malam Leypark Station yang beroperasi di Dataran Sejarah di sini memberi gambaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *