MENYUMBANG BERSAMA WWF, PELIHARA ALAM SEKITAR

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

NAZIRAH HASSAN

MELAKA – World Wildlife Foundation (WWF) mengalu-alukan masyakat untuk bersama-sama menyumbang kepada pertubuhan itu dalam usaha menjamin kesejahteraan alam sekitar.

Wakil WWF, Nawal berkata, sokongan orang ramai amat penting untuk memastikan projek pemeliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan.

Menurutnya, pihak WWF memerlukan dana kira-kira RM20 juta bagi melaksanakan 90 projek pemeliharaan meliputi pembersihan laut, pemuliharaan hutan dan pemeliharaan habitat hidupan liar.

“Booth WWF yang dibuka di AEON Bandaraya Melaka merupakan salah satu usaha kami untuk memupuk kesedaran warga Melaka lebih bertanggunghawab terhadap isu alam sekitar seperti pencemaran alam, kepupusan hidupan liar serta pembalakan berleluasa yang semakin mengancam kestabilan ekosistem.

“Mungkin ramai tidak sedar sebenarnya alam sekitar sangat berkait rapat dengan kesejahteraan hidup manusia sebagai penghuni bersama di bumi. Isu alam sekitar perlulah ditangani segera bagi melindungi flora dan fauna serta yang kian diancam kepupusan.

“Justeru itu, sokongan daripada orang ramai untuk merealisasikan projek pemeliharaan alam sekitar di bawah kelolaan WWF adalah dieperlukan. Sumbangan serendah RM50 sebulan kepada projek pilihan pastinya sangat bermakna buat kami dalam usaha melindungi habitat hidupan liar, hidupan laut serta alam sekitar,” katanya.

Sebagai tanda penghargaan, penderma akan diberikan resit yang memberikan faedah pengecualian cukai serta langganan majalah ekslusif terbitan WWF, Green Heart yang berkongsi perkembangan aktiviti dan projek pemeliharaan alam sekitar di Malaysia.

Bagi yang berminat menyumbang boleh ke booth WWF tersebut sempena Program Jom [email protected] AEON yang berlangsung sekarang sehingga 5 Disember ini.

Sedikit mengenai WWF, ia sudah tidak asing lagi dalam memperjuangkan nasib alam sekitar serta flora dan fauna yang semakin pupus.

Bahkan WWF juga berjaya menstabilkan populasi Orang Utan di Sabah, selain projek pemeliharaan penyu di Pengkalan Balak, Melaka yang turut melakar sejarah apabila berjaya mencatatkan rekod sarang penyu tertinggi di Malaysia pada 2018 dengan jumlah 600 sarang penyu yang mengandungi 71,000 telur penyu.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *