Marina Sahabudin
BANDARAYA MELAKA – Promosi Kraf Malaysia diadakan di AEON Bandaraya Melaka merupakan inisiatif membantu usahawan kraf yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Program anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka itu juga sebagai medium memudahkan usahawan mempromosi dan memasarkan produk kraf tempatan secara fizikal.
Pelbagai bidang kraf usahawan dan komuniti kraf terlibat sepanjang program berlangsung bermula 25 November lalu sehingga 5 Disember ini termasuk usahawan tekstil – batik dan jahitan, hasil rimba – kayu, aneka kraf serta logam – perhiasan diri.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyaksikan demonstasi kraf anyaman rotan dan interaktif kraf.
Antara peserta program terdiri dari Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Penganjuran ini juga dilihat dapat merancakkan kembali ekonomi usahawan dalam kalangan B40 yang terjejas sepanjang wabak Covid-19 melanda negara ini.
Usaha dilaksanakan ini secara tidak langsung membudayakan produk kraf tempatan dalam kalangan masyarakat setempat.
-MF-