IKAN LUMBA-LUMBA DI KUALA SEPETANG

Nazirah Hassan

MELAKA – Ikan Lumba-Lumba menjadi tarikan terkini dibawakan khas Kuala Sepetang Eco Track di Kuala Sepetang, Perak sebagai salah satu produk pelancongan di negeri itu.

Sempena program Jom Travel @Aeon Melaka, Tourism Perak tidak ketinggalan mengajak orang Melaka ke sana untuk menyaksikan sendiri ikan lumba-lumba yang hidup liar melalui aktiviti dolphin sighting.

Selain itu, Kuala Sepetang Eco Track yang fokus kepada eko-pelancongan turut menawarkan pakej tour menerusi aktiviti unik lain seperti pakej tour paya bakau, eagle sighting dan fireflies tour pada harga bermula RM25 sahaja.

Pihaknya turut mengalu-alukan rombongan sekolah dan institusi tinggi bagi yang berminat mendalami mengenai eko-sistem paya bakau dan hidupannya yang memainkan peranan penting bagi alam sekitar.

Di booth Tourism Perak, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai info berkaitan pelancongan di negeri itu seperti The Treasure @Taman Herba Gopeng.

Bagi mereka yang meminati aktiviti lasak, The Treasure @ Taman Herba Gopeng pastinya menjadi pilihan mereka kerana di sini disediakan perkhidmatan menaiki ATV, berkayak dan memanah, selain aktiviti untuk seisi keluarga iaitu garden tour, Snake House dan Petting Zoo .

Sementara itu, Felda Residence Hot Spring terletak di Sungkai pula menawarkan pengalaman percutian di kawasan air panas semulajadi yang baik untuk kesihatan dan menenangkan fikiran.

Menariknya, sempena program ini, Felda Residence Hot Spring menawarkan pakej penginapan pada harga serendah RM135 untuk penginapan dua orang satu malam dan Rm750 semalam untuk penginapan jenis villa yang boleh memuatkan enam pengunjung.

Penginap juga akan diberikan tiket hot spring percuma bagi setiap tempahan bilik semasa berlangsungnya promosi ini.

Tourism Perak juga sentiasa mengalu-alukan orang Melaka untuk mendapatkan pakej percutian ke pelbagai destinasi pelancongan di negeri itu menerusi tawaran hebat dijalankan sehingga 5 Disember nanti sempena program Jom Travel @Aeon Melaka.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *