TOYYIB, SABUN PENCUCI DENGAN HARUMAN WANGIAN EKSKLUSIF

NAZIRAH HASSAN

MELAKA – Walaupun baru dua tahun berada di pasaran, sabun pencuci Toyyib terus mendapat tempat di hati pengguna di negara ini sementelah ia merupakan jenama pertama di Malaysia dilengkapi haruman pewangi.

Nur Rahmanuddeen selaku Master Stokis bagi produk bumiputera ini berkata, dia sangat gembira dengan sambutan yang memberangsangkan.

“Harumannya yang lembut sabun dan kekal lama pada pakaian membuatkan saya terpikat dan yakin potensinya sebagai sumber pendapatan yang mampu menjana keuntungan lebih baik dari semasa ke semasa.

“Ia terbukti apabila tidak hanya saya tetapi beratus Master Stokis di negara ini mempunyai agen masing-masing yang berusaha meluaskan pasaran sabun ini,” katanya kepada MelakaFirst.

Produk ini lebih diyakini kerana ia dijamin halal, diperbuat daripada bahan mesra alam serta bebas daripada bahan yang boleh menjejaskan pakaian seperti lemak haiwan, ejen pemutihan dan formalin.

Jelasnya, sabun ini juga sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia yang panas kerana ia bersifat anti-hapak dan sangat berkesan menghapuskan kotoran degil seperti minyak dan daki pada kolar baju.

“Harga pasaran bagi 10 kilogram sabun ini hanya RM30 dan sangat berpatutan serta mampu dimiliki semua.

“Ia sekaligus membantu orang ramai lebih berjimat kerana hanya satu penutup sahaja diperlukan untuk memberikan kesegaran dan haruman pada pakaian. Pengguna juga tidak perlu membeli pewangi pakaian secara berasingan kerana sabun pencuci ini juga sudah dilengkapi dengan pewangi yang cukup harum,” katanya.

Dengan tagline Wangi, Suci dan Bersih, sabun pencuci pakaian Toyyib mempunyai lapan jenis haruman ekslusif antaranya Luxury Romantic (botol hitam) , Luxury Rose (botol merah jambu) dan Luxury Royal (botol kuning).

Selain itu, jenama Toyyib turut memperkenalkan produk baharu iaitu pencuci lantai dengan haruman Lavender dan sabun pencuci pinggan mangkuk dengan haruman Lemon.

Tambah Rahmanuddeen lagi, orang ramai perlu merebut peluang mendapatkan produk Toyyib sepanjang promosi berlangsung.

“Buat masa sekarang pelanggan berpeluang mendapatkan tiga produk Toyyib iaitu sabun pencuci pakaian, sabun pencuci lantai serta sabun pencuci pinggan pada harga RM68 sahaja dan ia sangat berbaloi,” katanya.

Pada masa sama, pengguna sendiri berpeluang menjana pendapatan lumayan bersama jenama ini.

“Pada waktu pandemik ini, kami berjaya membantu ramai suri rumah dan penganggur meningkatkan pendapatan sekaligus mengubah taraf hidup mereka dengan menjual produk Toyyib dari rumah bermula dengan modal kecil.

“Syarikat Toyyib sentiasa mengalu-alukan penglibatan orang ramai untuk sertai kami sebagai agen jualan. Master Stokis kami di seluruh negeri juga bersedia memberikan bimbingan dan nasihat sebagai persediaan memulakan perniagaan,” katanya yang tidak lokek berkongsi selok-belok perniagaan kepada sesiapa yang berminat.

Bagi menyertai keluarga Toyyib, boleh hubungi Rahmanuddeen di talian 019-5700399 atau layari laman Facebook Sabun Toyyib Melaka.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *