LITAR MIMC BAKAL DIHANGATKAN 2022

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

AYER KEROH: Litar Permotoran Antarabangsa Melaka (MIMC) yang terletak berhampiran Plaza Tol Keroh, di sini yang suatu ketika dahulu dihangatkan dengan deruman enjin kenderaan sukan permotoran bakal dihangatkan sekali lagi pada tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif MIMC, Hasmadi Md Yatim berkata selepas hampir dua tahun tanpa sebarang aktiviti khususnya perlumbaan, MIMC bakal kembali `menggegar’ tidak lama lagi apabila ia dikendalikan pengurusan baharu, Drag Racing Management bersama-sama rakan strategik permotoran bermula hujung bulan ini.

Menurut Hasmadi, litar yang pernah mencatat sejarah dalam penganjuran pelbagai kejohanan tempatan dan antarabangsa di kawasan seluas 3.5 hektar itu juga akan mendpat kerjasama beberapa pihak bagi merangka jadual aktiviti untuk tahun 2022.

“Selepas sekian lama tidak beroperasi susulan pandemik COVID-19 kini sudah sampai masanya pihak kami mengembalikan semula kegemilangan MIMC.

“Untuk itu, MIMC memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membaik pulih dan membuka semula operasi litar ini sekali gus merancakkan semula penganjuran sukan permotoran di sini,”katanya di MIMC, di sini, baru-baru ini.

Menurut Hasmadi, jadual aktiviti bagi 2022 sudah disusun seperti perlumbaan go-kart, drift, cub prix, pocket bike, track day dan drag day yang diharap dapat meletakkan kembali MIMC sebagai pilihan penganjuran bertaraf dunia.

Jelas beliau, sambutan yang amat memberangsangkan dari pelbagai pihak terutama peminat sukan pemotoran jelas membuka ruang buat MIMC untuk membentuk akar umbi dalam sukan terbabit.

“Apa yang membanggakan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kelab Pemotoran Gemilang, Kelab Sukan Bermotor Integrasi, COMMA, Sucimuci dan Revtech Motorsports selain Kelab Sukan Bermotor Exquisite, Permata Racing dan HS Empire bakal bergabung menyusun aktiviti besar yang mengkagumkan,” katanya.

Hasmadi berkata, MIMC ketika ini dilengkapi kemudahan 800 tempat duduk. Ia dikendalikan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat selain mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

-Ends-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *