LANJUT HAD UMUR KEPIMPINAN BELIA – SHANMUGAM

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

AYER KEROH : Dalam usaha melahirkan kepimpinan belia yang lebih berwibawa di masa hadapan, kerajaan negeri memohon pelaksanaan pindaan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun dilanjutkan sehingga ke tahun 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, VP Shanmugam berkata lanjutan tempoh itu dirasakan perlu kerana untuk melahirkan pemimpin belia yang benar-benar berkaliber, ia memerlukan masa untuk mereka mengambil alih pucuk pimpinan golongan yang sedia ada.

Menurut Shanmugam, tempoh itu juga perlu dilanjutkan berikutan pandemik yang dialami negara sejak 2020 telah menyukarkan sebarang pertemuan secara bersemuka bagi menyediakan pelapis belia yang mantap dalam menerajui kepimpinan pada masa hadapan.

“Saya mohon kalau boleh ada pertimbangan, bagilah dua tahun. Tahun ini merupakan 2021, sepatutnya pada tahun hadapan Januari 2022 kita kena amalkan (pindaan berkenaan), jadi saya mohon ia dilanjutkan sehingga 2023.

“Kita akan menyediakan belia yang betul-betul berkaliber dan tahu apa itu masa depan untuk belia supaya dalam masa dua tahun ini, kita mampu menyediakan belia untuk ambil alih pucuk pimpinan yang bakal boleh dibawa secara cemerlang.

“Kita sekarang jangan buat tindakan tergesa-gesa kerana ia mungkin meruntuhkan belia kita. Ini adalah pandangan saya selaku Exco dan juga pandangan rakan-rakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2021 dan Penyampaian hadiah kepada enam pemenang Anugerah Perdana Belia Negara 2021 di Ayer Keroh, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad, Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Mohd Ridhwan Mohd Ali

Dalam perkembangan lain, Shanmugam berkata kerajaan negeri turut komited untuk membangun serta merancakkan aktiviti membabitkan keusahawan, kesenian dan kebudayaan berkaitan belia.

Katanya, langkah itu adalah antara usaha memperkasakan dan merancakkan aktiviti belia seiring Melaka yang dikenali sebagai negeri belia.

“Antara cadangan untuk dibangunkan termasuk sudut busking, lukisan dan kesenian di setiap Parlimen di negeri ini sekali gus mampu mengetengahkan bakat dan aktiviti belia di negeri ini.

“Cadangan mengadakan buskers corner di setiap Parlimen ini adalah untuk menarik minat belia 16 tahun ke atas, supaya ‘interaction’ (interaksi) itu ada.

“Dengan itu ia dapat mewujudkan satu tempat belia berinteraksi sesama belia, contohnya kalau mereka suka melukis mereka akan datang ke sana, kerana terdapat corner untuk melukis.

“Justeru dalam masa terdekat ini seperti manifesto yang sebelum ini, kita akan laksanakan,” katanya.

Shanmugam turut menjelaskan untuk membangunkan e-sukan di Melaka yang diyakini membawa pulangan terbaik buat anak muda Melaka yang berbakat dalam bidang berkenaan.

“Dahulu saya berpendapat aktiviti-aktiviti membabitkan penggunaan internet seperti ‘e-games’ ini adalah satu perkara yang tidak begitu hebat.

“Tapi saya difahamkan oleh rakan-rakan yang bahawa di Malaysia pun ada kumpulan yang telahpun menang tempat kelapan dan jumlah kewangan yang diperolehi atas kemenangan itu ialah USD 114 juta.

“Mungkin saya akan dapatkan pandangan macam mana kita nak pertingkatkan belia-belia di Negeri Melaka, itu adalah cadangan dalam masa terdekat,” katanya.

–ends-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *