PERJELAS MATLAMAT, MENANGI HATI RAKYAT

NAZIRAH HASSAN

Melaka – “Pejuang perlulah mempunyai matlamat yang jelas demi memenangi hati rakyat,” kata Ketua Pemimpin Pejuang Negeri Melaka, Dzulkarnain Saiful Nathan.

Beliau menyatakan pendapat tersebut rentetan situasi politik di negeri ini yang mana rata-rata rakyat sudah bosan dengan karenah ahli politik yang tidak tetap pendirian.

Menurutnya, Pejuang harus kuat dan menyusun langkah agar lebih tersusun bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) seterusnya.

“Kita juga perlu berani tampil di persada politik negeri dan sentiasa bersedia berkhidmat kepada masyarakat supaya mereka lebih mengenali potensi parti ini,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Malam Gala Lagenda baru-baru ini.

Dzulkarnain turut mencemuh sikap segelintir pemimpin yang hanya turun padang ketika musim pilihan raya dan lesap selepas menang serta tidak prihatin dengan kepayahan rakyat.

“Pemimpin tidak seharusnya bercakap sekadar omong kosong. Para Pejuang perlulah buktikan keikhlasan serta kesungguhan dalam membela nasib rakyat dan menegakkan keadilan.

“Kami yakin parti Pejuang akan berjaya menjadi sebuah parti besar suatu hari nanti demi memperjuangkan keadilan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Parti ini juga cukup bertuah kerana berada di bawah sayap kepimpinan Tun Dr Mahathir, seorang tokoh yang cukup disegani di negara kita,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Presiden Pejuang Tanahair Malaysia, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanahair Malaysia, Datuk Wira Haji Marzuki Yahya.

Pada majlis tersebut, turut diadakan simbolik perasmian Pejuang Negeri Melaka yang disempurnakan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, Pejuang turut mengimbau jasa Allahyarham Yakub Pajar, seorang penggerak Pejuang Negeri Melaka kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya yang kembali ke rahmatullah awal bulan lalu akibat Covid-19 dan menyampaikan sumbangan khas sebagai tanda penghargaan kepada warisnya.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *